Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parti Liyani akan teruskan kes bagi siasatan disiplin terhadap pendakwa raya

Bekas pembantu rumah Parti Liyani memutuskan untuk meneruskan dengan kesnya terhadap dua pendakwa raya dan memohon bagi siasatan disiplin dijalankan terhadap mereka atas dakwaan salah laku.

Anggaran Waktu Membaca:
Parti Liyani akan teruskan kes bagi siasatan disiplin terhadap pendakwa raya

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 15 Oct 2020 03:04PM Dikemas Kini : 15 Oct 2020 03:06PM

SINGAPURA: Bekas pembantu rumah Parti Liyani memutuskan untuk meneruskan dengan kesnya terhadap dua pendakwa raya dan memohon bagi siasatan disiplin dijalankan terhadap mereka atas dakwaan salah laku.

Cik Parti menuduh Timbalan Pendakwa Raya Tan Yanying dan Tan Wee Hao atas salah laku dalam mengendalikan perbicaraannya. Beliau diberi masa dua minggu pada 1 Okt oleh Hakim Besar untuk memutuskan jika beliau mahu meneruskan atau menarik balik kes tersebut, kerana beliau mempunyai keraguan.

Dalam kenyataan kepada Mediacorp pada Khamis (15 Okt), jurucakap Cik Parti dari Pertubuhan Kemanusiaan untuk Ekonomi Pekerja Asing (HOME) berkata bahawa beliau "memutuskan untuk meneruskan" dengan kes itu.

Wanita rakyat Indonesia itu disabit kesalahan pada Mac tahun lalu oleh sebuah mahkamah kerana mencuri S$34,000 dari bekas pengerusi Changi Airport Group Liew Mun Leong dan keluarganya, namun sabitan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Sep.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan