Skip to main content

Singapura

Parlimen tolak usul PSP mansuhkan sistem GRC

Anggaran Waktu Membaca:
 Parlimen tolak usul PSP mansuhkan sistem GRC

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 06 Jul 2023 07:27AM
SINGAPURA: Satu usulan yang menggesa agar Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dimansuhkan telah ditolak Parlimen pada Rabu (5 Jul).

Usulan itu dibentangkan oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Hazel Poa dan Leong Mun Wai dari Parti Kemajuan Singapura (PSP).

Mereka berhujah meskipun sistem GRC memastikan perwakilan minoriti di parlimen, ia juga menimbulkan beberapa isu.

Tiga Anggota Parlimen Dilantik (NMP) bagaimanapun menekankan betapa pentingnya untuk meneruskan sistem GRC untuk memelihara perwakilan minoriti di Parlimen.

Anggota Parlimen Bukit Batok Murali Pillai, seorang AP minoriti yang dipilih sebanyak dua kali di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) turut mengimbas pengalaman di mana risalah kempen beliau diconteng.

Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Cik Poa, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menegaskan bahawa memanfaatkan calon yang popular ada baik buruknya.

Encik Chan akur meskipun sistem GRC tidak sempurna, ia tidak boleh dimansuhkan tanpa alternatif yang sesuai.

Malah menurut beliau, ia boleh menjadikan Parlimen lebih berpecah-belah.
Sumber : CNA/AY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita