Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen S'pura tafakur seminit sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen S'pura tafakur seminit sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II

Parlimen Singapura bertafakur selama seminit sebelum bersidang pada 12 Sep 2022, sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II. (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Parlimen hari ini(12 Sep) bertafakur selama seminit sebelum bersidang, sebagai tanda hormat kepada Ratu Elizabeth II. Ketua Dewan Indranee Rajah berkata beliau merupakan ratu semasa tempoh Singapura beralih daripada sebuah tanah jajahan ke negara yang merdeka.

Ratu Elizabeth II, ratu Britain yang paling lama bertakhta, mangkat di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis (8 Sep) pada usia 96 tahun.

"Mendiang Ratu bukan sahaja Ratu United Kingdom, tetapi ketua keluarga Komanwel, yang terdiri daripada 56 rakyat negara merata dunia, di mana Singapura bangga menjadi salah satu daripada anggotanya," kata Cik Indranee.

Cik Indranee menambah, hubungan antara Ratu Elizabeth II dengan Singapura merupakan "hubungan dua hala yang mesra". Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan negara ke Singapura pada 1972, 1989 dan 2006.

Pesuruhanjaya Tinggi British ke Republik Singapura, Kara Owen, turut menghadiri sidang Parlimen tersebut.

"Di luar formaliti dan upacara yang melibatkan lawatan negara, Ratu meluangkan masa dan berusaha untuk mengenali rakyat biasa Singapura dengan lebih baik," ujar Cik Indranee.

"Pada 1972, beliau melawat Toa Payoh, di mana beliau bertemu dengan Encik Thomas Pung serta keluarganya di flat HDB mereka. Mereka menjemputnya ke rumah mereka dan memberinya minuman - segelas 7-Up. Tiga puluh tiga tahun kemudiannya, pada 2006, semasa lawatan negara ketiganya, beliau melawat keluarga Pung lagi."

Hubungan Ratu Elizabeth II dengan Singapura dapat dilihat di merata negara, menurut Cik Indranee. Queenstown - bandar satelit pertama Singapura, dan Queen Elizabeth Walk, dinamakan sempena memperingati pertabalannya pada tahun 1953.

"Tempat dan jalan raya di Queenstown dinamakan sempena tempat-tempat di Scotland, di mana beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya, seperti Strathmore, Forfar dan Sterling. Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Bukit Batok, juga dinamakan sempena namanya," kata Cik Indranee.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II menandakan "berakhirnya suatu era", menurut Cik Indranee.

"Bagi pihak Dewan ini, saya ingin menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada Raja Charles III dan Keluarga Diraja, dan rakyat United Kingsom di atas kemangkatan mendiang Ratu Elizabeth II."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan