Parlimen sokong pindaan kepada usul WP bantu atlit raih kejayaan
Anggaran Waktu Membaca:

Team Singapore di acara penutup Sukan SEA 2019. (Gambar: SportSG)
SINGAPURA: Para Anggota Parlimen pada Khamis (6 Jul) mengundi menyokong usul Parti Pekerja (WP) untuk terus membuka laluan kepada para atlit, termasuk atlit paralimpik, mengecapi kejayaan. Namun, mereka tidak bersetuju sekiranya pengurusan sukan disemak semula pemerintah.
Selain menyokong atlit Singapura, usul yang dikemukakan WP menggesa pemerintah supaya "menjalani semakan menyeluruh ke atas bidang-bidang yang boleh diperbaiki dalam ekosistem sukan Singapura" selain "komited dalam melakarkan matlamat yang jelas dan boleh dicapai bagi mencapai kejayaan dalam bidang sukan buat 10 tahun akan datang."
AP Darryl David (PAP-Ang Mo Kio) menyarankan agar usul itu dipinda untuk sebaliknya menyatakan bahawa pemerintah akan "meneruskan semakan menyeluruhnya". Beliau juga menyarankan agar "matlamat jelas, boleh dicapai bagi kejayaan dalam bidang sukan" dalam usul, ditukar kepada "matlamat kami dalam sukan".
Semua AP WP dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang hadir, mengundi bagi menentang dua pindaan itu, yang akhirnya diluluskan dengan undi majoriti.
Semasa menggulung ucapannya, Profesor Madya Jamus Lim (WP-Sengkang) mengatakan bahawa WP tidak dapat sepenuhnya menyokong pindaan yang diusulkan Encik David, kerana ia sama seperti "bersetuju bahawa pihaknya salah".
"Walaupun kami terima bahawa pemerintah sudah menunjukkan ia sudah menjalankan beberapa semakan dan terus memantau perkembangannya, kami belum melihat hasil yang memberangsangkan menerusi semakan menyeluruh ekosistem sukan secara umumnya," tambah beliau sambil menggesa pemerintah agar mengeluarkan laporan atau semakan yang merakam usaha ini.
WP juga tidak menyokong pindaan kedua yang diusulkan kerana ia "lari daripada salah satu asas paling penting dalam prestasi bidang sukan" - mentakrif kejayaan dengan sewajarnya, kata Prof Madya Lim.
Dalam perbahasan yang berlangsung selama lima jam, Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Eric Chua, menyokong pindaan terhadap usul WP dan menekankan bahawa semakan konsisten kerap dijalankan sebagai sebahagian daripada ekosistem sukan Singapura yang berprestasi tinggi.
Encik Chua menggesa rakyat Singapura supaya "tidak lupa bahawa sukan bukan hanya tentang memenangi pingat".
"Sebaliknya, ia adalah tentang mendampingi para atlit dalam mengharungi cabaran harian untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya."

Sumber : CNA/AQ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.