Parlimen SG luluskan Belanjawan 2026 lebih S$200 bilion, peruntukan terbesar setakat ini
Parlimen Singapura meluluskan peruntukan lebih S$200 bilion bagi perbelanjaan pemerintah untuk tahun kewangan akan datang.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parlimen Singapura meluluskan peruntukan lebih S$200 bilion bagi perbelanjaan pemerintah untuk tahun kewangan akan datang.
Ia merupakan belanjawan tahunan terbesar sejauh ini, dan akan mula berkuat kuasa selepas mendapat persetujuan Presiden.
Dewan meluangkan masa selama sembilan hari dan lebih 70 jam secara keseluruhannya, termasuk sekitar dua setengah hari bagi perbahasan utama Belanjawan, di mana 68 Anggota Parlimen (AP) tampil berucap.
Baki enam hari lagi digunakan untuk meneliti 425 reaksi dan pertanyaan berhubung peruntukan bagi setiap kementerian.
Sehubungan itu, dalam satu catatan di media sosial, Perdana Menteri Lawrence Wong menekankan pentingnya melakukan perancangan lebih awal dan mempersiapkan diri bagi keadaan yang tidak dijangkakan.
Beliau mengulas, sejurus selepas Belanjawan disampaikan, ketegangan di Timur Tengah memuncak, mewujudkan keadaan tidak menentu, yang mungkin menjejas pasaran tenaga, bekalan makanan dan harga global.
Namun begitu, PM Wong menambah, kekuatan fiskal Singapura adalah satu kelebihan yang hebat, yang membolehkan Singapura untuk bertindak balas dengan tegas sambil terus melabur dalam rakyat dan masa depannya.

Sumber : CNA/AI/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.