Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen SG direhatkan separuh penggal; bersidang semula pada 10 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen SG direhatkan separuh penggal; bersidang semula pada 10 Apr

(Gambar fail: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Parlimen Singapura direhatkan separuh penggal bermula Jumaat (24 Mac) dan akan bersidang semula pada 10 April. 

Prorog itu menandakan pertengahan penggal pemerintah. Parlimen ke-14 Singapura dibuka pada 24 Ogos 2020 menyusuli Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020). 

Parlimen akan bersidang semula pada 10 April, dengan Ucapan Presiden, yang akan disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob pada pukul 8.30 malam. 

Dalam ucapannya, Puan Halimah akan mengumumkan keutamaan, dasar dan program pemerintah bagi baki penggal ini. 

Parlimen kemudian akan membahaskan dasar-dasar dan program-program tersebut dalam perbahasan Usul Terima Kasih atas Ucapan Presiden. 

Ucapan itu merupakan ucapan pembukaan parlimen yang terakhir buat Presiden Halimah bagi penggalnya sebagai presiden, dengan pilihan raya presiden dijangka diadakan menjelang September 2023. 

Ini merupakan kali ke-13 parlimen direhatkan sejak kemerdekaan Singapura. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan