Parlimen mansuh Seksyen 377A, sokong pindaan lindungi takrifan perkahwinan
SINGAPURA: Parlimen pada Selasa (29 Nov) meluluskan pemansuhkan Seksyen 377A, yang menyifatkan seks antara lelaki sebagai satu jenayah.
Berkaitan dengan itu, Parlimen juga meluluskan pindaan untuk melindungi takrifan perkahwinan daripada boleh dicabar di mahkamah.
Kesemuanya 93 Anggota Parlimen menyokong pemansuhan Seksyen 377A dengan dua AP Parti Pekerja (WP) - Gerald Giam dan Dennis Tan, serta AP Dilantik Hoon Hian Teck menolaknya.
Bagi pengenalan undang-undang baru Artikel 156 yang melindungi takrifan perkahwinan pula, 85 AP menyokongnya manakala kedua-dua AP Tanpa Kawasan Undi dari Parti Kemajuan Singapura menolak langkah tersebut. AP WP Sylvia Lim dan He Ting Ru, berkecuali.
Kesemuanya 34 AP bangkit berucap membahaskan kedua-dua perkara itu sejak Isnin (28 Nov).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.