Parlimen luluskan Rang Undang-Undang tingkatkan penguatkuasaan bayaran nafkah
SINGAPURA: Parlimen pada Isnin (8 Mei) meluluskan pindaan kepada beberapa rang yang bertujuan meningkatkan penguatkuasaan bayaran nafkah dan mengurangkan keperitan bagi kes-kes perceraian.
Antara lain, ini bermakna akan lebih mudah untuk kes-kes cerai mendapatkan bayaran nafkah daripada bekas pasangan mereka.
Mahkamah Keadilan Keluarga boleh mengarahkan pihak-pihak terlibat untuk membayar nafkah kepada isteri, anak-anak, suami tidak berupaya ataupun ibu bapa.
Langkah penguatkuasaan berjalan sebaik sahaja pihak terbabit tidak mematuhinya.
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam memberitahu parlimen, kes-kes gagal mematuhi arahan adalah "cukup tinggi".
Dari 2017 hingga 2019, secara purata 2,700 permohonan penguatkuasaan dilakukan setiap tahun.
Rang Undang-undang Perubahan terhadap Keadilan Keluarga mewujudkan proses baru dipanggil Proses Penguatkuasaan Nafkah yang akan dilaksanakan Pegawai Penguatkuasaan Nafkah (MEO).
MEO mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat mengenai aset pihak terbabit secara langsung daripada agensi-agensi seperti CPF, HDB dan bank-bank.
Encik Shanmugam berkata, ini suatu perubahan besar kerana ia membolehkan pihak mahkamah untuk lebih membezakan antara responden yang tidak boleh membayar nafkah, dengan mereka yang enggan membayar nafkah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.