Skip to main content

Singapura

Parlimen luluskan rang undang-undang beri IRAS lebih kuasa ke atas geran perniagaan

Parlimen telah meluluskan rang undang-undang yang telah dipinda yang memberikan lebih kuasa kepada Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) ke atas geran-geran yang diberikan kepada syarikat-syarikat perniagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen luluskan rang undang-undang beri IRAS lebih kuasa ke atas geran perniagaan

Gambar fail: TODAY/Nuria Ling

Diterbitkan : 17 Feb 2024 10:45AM
SINGAPURA: Parlimen telah meluluskan rang undang-undang yang telah dipinda yang memberikan lebih kuasa kepada Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) ke atas geran-geran yang diberikan kepada syarikat-syarikat perniagaan.

Pindaan-pindaan itu membolehkan IRAS untuk mentadbir geran bagi pihak pemerintah atau mana-mana lembaga berkanun.

IRAS akan mempunyai kuasa untuk mengaudit dan menyiasat kes-kes penipuan dan penyalahgunaan geran yang diberikan kepada syarikat-syarikat perniagaan.

Selain itu, IRAS juga boleh mendapatkan semula lebihan bayaran.

"Apabila jumlah geran yang diagihkan oleh IRAS meningkat, IRAS perlu mempunyai bidang kuasa yang diperlukan untuk menjalankan siasatan dengan lebih berkesan, mendapatkan semula dana awam dan melindungi kepentingan awam. Kuasa ini tidak berbeza dengan apa yang IRAS lakukan untuk cukai hari ini. Begitu juga, akan ada perlindungan yang serupa di mana kuasa penyiasatan akan dihadkan untuk melatih pegawai, yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya IRAS," kata Menteri Kedua Kewangan Chee Hong Tat.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita