Skip to main content

Singapura

Parlimen luluskan pindaan terhadap usul berhubung rizab SG; tolak usul PSP untuk semak semula dasar

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen luluskan pindaan terhadap usul berhubung rizab SG; tolak usul PSP untuk semak semula dasar

Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah, Setiausaha Agung Parti Kemajuan Singapura Leong Mun Wai dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong berucap semasa perbahasan selama tujuh jam di Parlimen pada 7 Feb 2024.

Diterbitkan : 08 Feb 2024 07:57AM Dikemas Kini : 08 Feb 2024 08:41AM
SINGAPURA: Parlimen pada Rabu (7 Feb) menolak usul Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk menggunakan lebih banyak rizab negara bagi menampung keperluan generasi sekarang dan sebaliknya mengundi untuk usul tersebut dipinda bagi memastikan pemerintah kekal "bertanggungjawab secara fiskal dan mampan".

Usulan yang dipinda itu diluluskan selepas membahaskannya selama tujuh jam, di mana seramai 14 Anggota Parlimen, termasuk Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong tampil untuk berucap tentang usul tersebut.

Anggota Parlimen PAP yang hadir di Dewan menyokong usul yang dipinda itu, manakala anggota pembangkang - Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi PSP dan Anggota Parlimen Parti Pekerja - menolak salah satu pindaan dan usul yang dipinda itu.

Membangkitkan usulan asal, Setiausaha Agung PSP Leong Mun Wai mengatakan bahawa tiada keperluan untuk merahsiakan jumlah rizab Singapura, dan rizab itu akan terus berkembang meskipun sebahagian besar diperuntukkan untuk meringankan beban kewangan rakyat Singapura hari ini.

PM Lee bagaimanapun menegaskan bahawa hakikatnya, rakyat Singapura sendiri yang akan menentukan penggunaan rizab negara semasa pilihan raya kelak.
Selepas menjelaskan sistem semasa Singapura dalam menggunakan dan memelihara rizab negara, PM Lee berkata bahawa ini adalah pendekatan pemerintah yang mentadbir, dan beliau mencabar pihak pembangkang untuk membangkitkan isu itu di pilihan raya akan datang.

"PAP akan menerangkannya, dan meyakinkan rakyat Singapura bahawa cara kami adalah cara yang tepat bagi Singapura," ujar PM Lee.

Cik Indranee berkata bahawa beliau tidak boleh menyokong usulan pembangkang kerana susunan kata-kata dalam usulan itu menyatakan bahawa pemerintah mempunyai sumber fiskal berlebihan yang tidak dibelanjakan untuk rakyat Singapura.

"Kepercayaan PSP bahawa kami mempunyai banyak ruang fiskal yang berlebihan adalah satu salah," tegas Cik Indranee.

HASIL JUALAN TANAH

Sementara itu, Cik Indranee Rajah memberitahu ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh bahawa adalah salah untuk berfikir bahawa rizab negara akan terus berkembang daripada hasil penjualan tanah.

Menurut beliau, masalah asas saranan-saranan yang dibentangkan oleh pihak pembangkang adalah penjualan tanah akan menyumbang kepada kemewahan negara.

Ini termasuk bergantung kepada kitaran hartanah, dan menyediakan insentif bagi mengekalkan harga tanah yang tinggi.

Encik Singh mengatakan bahawa tanah boleh dijual semula kerana ia mempunyai pajakan. Cik Indranee bagaimanapun menegaskan bahawa penggunaan tanah sudah hilang semasa tempoh pajakan tersebut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita