Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen luluskan pindaan Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA)

Parlimen sudah meluluskan pindaan kepada Akta Perlindungan daripada Gangguan atau POHA.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 May 2019 10:40PM Dikemas Kini : 07 May 2019 11:35PM

SINGAPURA: Parlimen sudah meluluskan pindaan kepada Akta Perlindungan daripada Gangguan atau POHA.

Menteri Negara Kanan Undang-undang Edwin Tong berkata, perubahan itu menjadikan POHA lebih relevan dengan trend sosial baru.

Undang-undang yang dipinda menjadikan "doxxing", iaitu perbuatan mengongsi maklumat peribadi individu di wadah online sebagai gangguan, sebagai satu jenayah.

Ia sebagai respons terhadap kes seperti ini yang semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya "kewaspadaan" dalam talian.

Mangsa kepalsuan dalam talian akan mendapat lebih banyak perlindungan.

Mahkamah boleh menggunakan kuasa yang dipertingkatkan untuk memerintahkan penerbit dan pengantara internet, untuk menghentikan akses, pengedaran, dan mengeluarkan notis pembetulan mengenai kepalsuan tersebut. Kes-kes segera juga boleh mendapat perintah sementara.

Sebuah Mahkamah Perlindungan Daripada Gangguan akan ditubuhkan untuk memudahkan dan mempercepatkan aplikasi POHA. Mahkamah tersebut akan memproses permohonan Arahan Perlindungan Yang Dipercepatkan dalam masa sehari jika berlaku keganasan atau risiko itu.

Ia juga bertujuan untuk mengeluarkan Perintah Perlindungan atau permohonan PO dalam masa empat minggu. Mereka yang melanggar arahan itu kini boleh diberkas.

Akhir sekali, penalti maksimum sudah digandakan untuk kesalahan terhadap pasangan intim atau orang yang cacat mental atau fizikal.

"Pada akhirnya, gangguan adalah masalah sosial yang memerlukan respons sosial yang bersepadu. Kita semua bertanggungjawab untuk memastikan bahawa gangguan tidak dilakukan, atau meningkat. Ini adalah cara terbaik untuk memberi mangsa perlindungan.

"Kita tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang gangguan atau keganasan, sekurang-kurangnya bagi yang berlaku dalam perhubungan intim atau persekitaran keluarga," kata Menteri Negara Kanan Undang-Undang Encik Edwin Tong. 

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan