Parlimen lulus usul sokong dan kembangkan budaya penjaja SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para Anggota Parlimen (AP) sebulat suara mengundi pada Rabu (13 Nov) untuk menyokong usul pindaan Parti Kemajuan Singapura (PSP) bagi meneruskan sokongan pemerintah kepada penjaja dan mengembangkan budaya penjaja di Singapura.
Usul asal PSP menyeru pemerintah supaya "menyemak semula dasar-dasar yang berkaitan dengan penjaja dan pengurusan pusat penjaja untuk memberikan sokongan yang lebih baik kepada penjaja demi mengekalkan dan mengembangkan budaya penjaja di Singapura supaya rakyat Singapura dapat terus menikmati makanan penjaja yang baik dan berpatutan".
AP Edward Chia (PAP-Holland-Bukit Timah) mencadangkan agar usul itu dipinda untuk menggambarkan bahawa pemerintah sebaliknya akan "meneruskan sokongannya kepada penjaja dengan sentiasa menyemak" dasar-dasar dan menukar "memberi sokongan yang lebih baik untuk penjaja" kepada "yang akan membantu mereka”.
Beliau juga mencadangkan untuk menambah frasa pada akhir usul itu.
Usul yang dipinda itu berbunyi: “Bahawa Dewan ini menyeru pemerintah untuk meneruskan sokongannya kepada penjaja dengan sentiasa mengkaji semula dasar-dasar yang berkaitan dengan penjaja dan pengurusan pusat penjaja, yang akan membantu mengekalkan dan mengembangkan budaya penjaja di Singapura supaya rakyat Singapura boleh terus menikmati makanan penjaja yang baik dan berpatutan sambil membolehkan penjaja memperoleh mata pencarian yang adil.”
Selepas lima setengah jam berbahas, kesemua AP yang hadir – termasuk mereka dari Parti Pekerja (WP) dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) PSP – mengundi untuk menyokong ketiga-tiga pindaan itu.
Secara keseluruhannya, 14 AP berucap semasa membahaskan usul tersebut, termasuk dua NCMP PSP, seorang AP WP dan seorang AP Dilantik.
Kesemua AP dalam Dewan turut mengundi untuk menyokong usul pindaan itu.
“PSP bersedia menyokong usul pindaan, yang tidak terlalu berbeza daripada usul asal yang dibentangkan oleh saya,” kata NCMP Leong Mun Wai dalam ucapan penggulungannya.
"Ini bagi menunjukkan bahawa Dewan ini bersatu dalam menyokong penjaja."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.