Parlimen lulus usul naikkan sekuriti pemerintah kepada S$1.5 trilion
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah akan dapat menjana lebih banyak wang melalui sekuriti pemerintah dan bil Perbendaharaan (T-bil), selepas usul diluluskan di parlimen pada Selasa (12 Nov).
Penggubal undang-undang meluluskan kenaikan sebanyak S$450 bilion, menjadikan had baharu untuk tawaran sekuriti tersebut kepada S$1.515 trilion. Had itu dijangka bertahan sehingga 2029.
Lebih 60 peratus daripada peningkatan tersebut dijangka datang daripada tawaran Sekuriti Singapura Khas, iaitu bon pemerintah yang diberi kepada Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF).
Dana CPF digunakan untuk melabur dalam sekuriti khas itu yang dijamin sepenuhnya oleh pemerintah, dan mendapatkan kadar kupon yang disertakan dengan kadar faedah yang diterima oleh ahli CPF.
Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan ia memberi jaminan bahawa Lembaga CPF dapat membayar anggotanya.
Menteri Kedua Kewangan Chee Hong Tat berkata baki CPF dijangka terus meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang, hasil kenaikan gaji dan peningkatan dasar. Beliau berkata bahawa median pendapatan kasar bulanan daripada pekerjaan meningkat 3.2 peratus setahun antara 2018 dengan 2023.
Selain itu, mengubah dasar seperti kadar caruman CPF yang lebih tinggi bagi pekerja lebih berusia akan meningkatkan keperluan pelaburan CPF, yang memerlukan lebih banyak tawaran Sekuriti Pemerintah Singapura Khas.
Peningkatan lain pada had itu adalah bagi unjuran menawarkan T-bil, Bon Simpanan Singapura dan Sekuriti Singapura (Pembangunan Pasaran).
Ia ditawarkan terutamanya untuk menyokong pembangunan berterusan pasaran Sekuriti Pemerintah Singapura yang rancak.
Ia juga diluluskan untuk memenuhi permintaan aset cair bermutu tinggi, tambah MOF.
Kali terakhir had itu dinaikkan adalah pada 2021, kepada S$1.065 trilion, dan pemerintah menjangkakan tawaran itu akan mencapai had tersebut pada 2025.
Encik Chee berkata bahawa jumlah tertunggak sekuriti pemerintah dan bil-T yang dikeluarkan di bawah Akta Sekuriti Pemerintah (Pasaran Hutang dan Pelaburan) adalah S$955 bilion pada akhir Oktober tahun ini.
Anggota Parlimen (AP) Jamus Lim (WP-Sengkang) mengemukakan persoalan mengenai saiz kenaikan yang lebih besar berbanding kenaikan sebelum ini.
Beliau juga bertanya bagaimana pemerintah akan menghadkan kesan fiskal pembayaran balik faedah, yang kini lebih tinggi berbanding 2021, dan jika tawaran hutang tersebut diterjemahkan kepada dana "sebenar, boleh diguna, boleh dilabur" untuk syarikat di Singapura.
Encik Chee berkata peningkatan tersebut selaras dengan trend sejarah dan setanding dengan kali terakhir had dinaikkan dari segi peratusan. Beliau menambah bahawa hutang Singapura dibantu sepenuhnya oleh aset, dan negara ini boleh meminjam dengan syarat yang lebih menguntungkan.
Dari segi kesan kepada Singapura, Encik Chee berkata sektor kewangan adalah penyedia utama pekerjaan untuk rakyat Singapura.
MENINGKATKAN HAD TIDAK MENJEJAS KEDUDUKAN FISKAL
Encik Chee berkata bahawa hasil daripada kelulusan sekuriti itu dilaburkan, dan tidak digunakan untuk membiayai perbelanjaan pemerintah.
Kenaikan had tersebut bukan digunakan untuk tujuan perbelanjaan dan tidak memberi kesan kepada kedudukan fiskal pemerintah.
Sedang negara lain meminjam wang untuk membiayai perbelanjaan yang berulang, Singapura hanya meminjam untuk membiayai projek infrastruktur penting di peringkat nasional di bawah Akta Pinjaman Pemerintah bagi Prasarana Penting (SINGA).
Jumlah yang dipinjam di bawah SINGA membentuk kurang daripada 2 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dipinjam oleh pemerintah, dan SINGA mempunyai had pinjaman yang berasingan.
Encik Chee menambah bahawa nisbah hutang kasar Singapura kepada GDP kelihatan besar, namun ia tidak mencerminkan sepenuhnya kedudukan kewangan negara, kerana ia tidak mengambil kira aset Singapura, yang melebihi hutangnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.