Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen lulus undang-undang tetapkan cara banduan hukuman mati boleh fail cabaran selepas rayuan gagal

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Parlimen pada Selasa (29 Nov) meluluskan undang-undang yang menjelaskan proses mahkamah bagi banduan yang dijatuhi hukuman mati dan hilang ikhtiar bagi rayuan dan pengampunan.

Di bawah Rang itu, banduan yang telah menyalahgunakan proses mahkamah tidak akan dibenarkan memfailkan permohonan selepas rayuan kecuali mereka boleh memberikan bukti berkaitan yang baru yang tidak dikemukakan sebelumnya.

Banduan berkenaan juga perlu menyatakan jika terdapat kelewatan memfailkan permohonan mereka selepas mendapat bukti baru. Jika ya, mereka perlu menyatakan sebab ia lewat difailkan.

Permohonan selepas rayuan sedemikian termasuk permohonan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman mati, permohonan yang mempersoalkan sabitan atau hukuman mati yang dikenakan ke atas banduan, atau permohonan bagi semakan kehakiman yang mencabar keputusan Presiden untuk tidak memberikan pengampunan.

Keadaan itu  berlaku selepas beberapa kes berprofil tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini di mana mahkamah menegur penyalahgunaan proses mahkamah dan kes melibatkan hukuman mati  selepas rayuan.

Satu kes yang menarik perhatian antarabangsa ialah kes Nagaenthran Dharmalingam, seorang pengedar dadah yang disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati pada 2010.

Warga Malaysia itu dihukum gantung pada April tahun ini. Rayuannya ditolak pada 2011 dan dia memfailkan beberapa permohonan untuk mencabar hukuman mati.

Dalam menolak permohohan terakhirnya nagi pengampunan, Mahkamah Rayuan menarik perhatian cara prosiding itu dijalankan sebagai satu "laluan menyeksakan"  termasuk usul jenayah yang difailkan pada jsaat-saat akhir.

Selain itu, di bawah prosedur baru, hanya Mahkamah Rayuan boleh mendengar permohonan selepas rayuan dan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman mati. Sebelum ini, kes sedemikian boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Dalam sesetengah kes, seorang hakim mungkin boleh mendengar permohonan itu.

ISU YANG DIBENTANGKAN AP

Pada bacaan kedua Rang Undang-undang itu pada Selasa, empat Anggota Parlimen termasuk Ketua Pembangkang Pritam Singh  mengemukakan beberapa penjelasan kepada Setiausaha Parlimen Kanan Undang-undang, Cik Rahayu Mahzam. 

Encik Singh (WP-Aljunied) memberitahu Parlimen bahawa Parti Pekerja akan mengundi menentang Rang Undang-undang itu jika banduan hukuman mati dihalang daripada memfailkan permohonan selepas rayuan walaupun terdapat bukti baru atau hujah undang-undang.

"Pada pandangan saya, ia berfungsi untuk mengawal proses dengan lebih baik dan tidak menutup laluan  pembelaan yang tidak didengar semas perbicaraan," katanya.

Beliau bertanya Cik Rahayu jika kementerian undang-undang pernah membayangkan senario di mana peguam banduan hukuman mati itu tidak cukup teliti dalam membangkitkan hujah undang-undang, tetapi banduan itu mendapat peguam baru yang kemudiannya boleh mengemukakan hujah-hujah yang sedia ada. 

Di bawah Rang Undang-undang itu, Mahkamah Rayuan "tidak boleh" memberikan permohonan sedemikian. Encik Singh mempersoalkan sama ada perlu menghapuskan budi bicara mahkamah untuk membenarkan permohonan dalam kes sedemikian.

Menjawab, Cik Rahayu berkata mahkamah masih boleh memberikan kebenaran jika syarat tertentu dipenuhi.

Encik Louis Ng (PAP-Nee Soon) berkata Rang Undang-undang itu memberikan Mahkamah Rayuan kuasa untuk mengambil keterangan tambahan, seperti jika ia menentukan sama ada terdapat penyalahgunaan proses.

Beliau bertanya sama ada hanya mahkamah boleh membuat keputusan untuk berbuat demikian, atau jika seseorang pihak boleh memohon supaya mahkamah menggunakan kuasanya untuk mengambil keterangan tambahan. Cik Rahayu mengesahka bahawa kedua-duan cara boleh digunakan.

Encik Ng juga bertanya apakah faktor yang harus dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan dalam memutuskan sama ada permohonan tersebut adalah satu penyalahgunaan proses.

Cik Rahayu mengulangi bahawa sekiranya seseorang banduan sebelum ini didapati menyalahgunakan proses mahkamah oleh Mahkamah Rayuan dalam permohonan berkaitan, kelulusan tidak akan diberikan melainkan terdapat bukti yang tidak dikemukakan sebelum ini.

Begitu juga jika banduan tersebut sebelum ini telah menyalahgunakan proses mahkamah dalam mana-mana permohonan lain atau tindakan mahkamah untuk menganggu atau menangguhkan hukuman mati banduan.

Sekiranya kelulusan diberikan, permohonan selepas rayuan mesti difailkan dalam tempoh tertentu dan perbicaraan di hadapan tiga hakim atau lebih akan ditetapkan.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan