Parlimen lulus undang-undang tangani pertikaian jiran; AP luah rasa bimbang isu privasi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kebimbangan mengenai privasi dan kesejahteraan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental merupakan antara isu yang dibangkitkan oleh beberapa Anggota Parlimen (AP) apabila undang-undang baharu diluluskan pada Selasa (12 Nov) untuk menggalakkan dan memperkukuh pengantaraan dan dialog antara jiran sekiranya terdapat pertikaian.
Di bawah Rang Undang-Undang Penyelesaian Pertikaian Masyarakat (Pindaan), Unit Hubungan Masyarakat (CRU) diberi kuasa untuk menyiasat pertikaian teruk berhubung bunyi bising daripada jiran.
Unit baharu itu akan memberi tumpuan kepada menangani isu bunyi bising yang teruk, yang menyebabkan "ketidakselesaan" kepada masyarakat serta kes menyimpan terlalu banyak barang (hoarding) yang serius, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong.

Rang itu diluluskan setelah dibahaskan 20 AP selama lebih lima jam.
Sebagai sebahagian daripada kuasa mereka, Pegawai Hubungan Masyarakat (CRO) akan dapat menggunakan teknologi, seperti alat sensor bunyi, untuk mengumpul bukti mengenai arah, waktu, dan intensiti dalam kes gangguan akibat bunyi bising jiran yang teruk.
Ini kerana percubaan sedia ada oleh mereka yang membuat aduan untuk mengumpul bukti melalui rakaman audio - sering melalui telefon bimbit - kerapkali gagal untuk menentukan intensiti atau arah bunyi, kata Menteri Negara Pembangunan Negara, Sim Ann.
Rakaman juga mudah diputarbelitkan atau disunting, dan oleh itu tidak boleh digunakan untuk siasatan rasmi atau prosiding mahkamah, kata Cik Sim.
Becakap di parlimen, AP Lim Biow Chuan (PAP-Mountbatten) menggesa pihak berkuasa untuk memberi jaminan kepada penduduk bahawa privasi mereka akan dilindungi.
"Jika tiada jaminan bahawa privasi akan dilindungi, penduduk tidak mungkin membenarkan pemasangan sensor bunyi," kata Encik Lim.
AP Dilantik, Razwana Begum Abdul Rahim, membangkitkan kebimbangan yang serupa.
"Penggunaan sensor bunyi dalam kediaman menimbulkan persoalan tentang keseimbangan antara penyelesaian pertikaian dan hak privasi penduduk," katanya.
AP Alex Yam (PAP-Marsiling-Yee Tee) turut berkata bahawa harus ada langkah-langkah untuk memastikan sensor itu tidak "secara tidak sengaja merakam perbualan atau menjejas privasi penduduk."
Menjawab, Cik Sim mengulangi bahawa langkah-langkah perlindungan telah dicadangkan. Jika sensor bunyi dipasang dalam rumah penduduk, ia hanya akan dilakukan atas persetujuan mereka, katanya.
"Sensor-sensor tersebut bertujuan untuk menyokong siasatan awal oleh CRO. Contohnya, untuk menentukan masa, arah dan intensiti gangguan bunyi," jelas beliau.
Cik Sim menambah bahawa bunyi sebenar yang direkodkan oleh sensor tidak akan dikongsikan kepada pegawai.
"Data kasar yang dikumpul oleh sensor akan dipadamkan setelah diproses. Hanya data yang telah diproses, iaitu carta dan jadual, yang menunjukkan arah, masa, dan intensiti kejadian bunyi akan disimpan untuk tujuan siasatan CRU dan sebarang prosiding mahkamah yang akan datang."
Pihak berkuasa merancang agar semua data kasar diproses secara automatik dalam masa 48 jam dalam server di Singapura, di mana hanya "sejumlah kecil" pegawai yang dibenarkan dari Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan kakitangan vendor yang boleh mengaksesnya, dengan semua akses dan kegiatan dicatat.
"Sekiranya pihak polis meminta data sensor bunyi bagi tujuan undang-undang dan ketenteraman, CRU akan diwajibkan di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC) untuk menyediakan mana-mana data kasar atau yang telah diproses pada waktu permintaan untuk membantu kerja mereka," tambah Cik Sim.
"Polis perlu akses kepada data tersebut atas tujuan kepentingan awam. Polis mesti mendapat segala maklumat dan petunjuk yang ada untuk membawa pesalah jenayah ke muka pengadilan dan bagi melindungi keselamatan dan keamanan awam."
RAWATAN BAGI MEREKA YANG ADA MASALAH KESIHATAN MENTAL
Beberapa AP juga menyuarakan kebimbangan mengenai kesejahteraan dan kebebasan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Di bawah Rang Undang-Undang tersebut, Ketua Pengarah Hubungan Masyarakat boleh membuat permohonan kepada Tribunal Huraian Pertikaian Masyarakat (CDRT) untuk mengeluarkan Perintah Rawatan Mandatori (MTO) dalam kes di mana seseorang individu mempunyai masalah kesihatan mental.
CDRT boleh mengeluarkan MTO jika ia percaya bahawa tindakan campur tangan tidak munasabah individu itu berpunca, sekurang-kurangnya sebahagiannya, daripada masalah psikiatri sedia ada.
Encik Tong sebelum ini berkata bahawa MTO bertujuan untuk menangani punca utama tindakan tersebut.
MTO juga akan dikeluarkan sebagai pilihan terakhir, dan keutamaan tetap akan diberikan untuk mendorong penduduk agar mendapatkan rawatan secara sukarela.
NMP Syed Harun Alhabsyi berkata bahawa ini adalah kali pertama MTO diperkenalkan sebagai sebahagian daripada penyelesaian pertikaian masyarakat.
Beliau turut menarik perhatian tentang bagaimana MTO akan digunakan di mahkamah semasa hukuman, di mana pesalah diperintahkan untuk menjalani rawatan psikiatri.
Beliau juga bertanya sama ada menteri boleh menjelaskan mengapa MTO dimasukkan dalam pertikaian masyarakat dan bagaimana ia diamalkan secara berbeza daripada di mahkamah.
Beliau selanjutnya mencadangkan bahawa MTO mungkin mencabuli kebebasan seseorang untuk memutuskan rawatan, kerana terdapat individu yang memilih untuk tidak dirawat atas pelbagai sebab.
Di mana tindakan campur tangan dapat dikurangkan dengan secukupnya, seseorang harus diberi hak untuk memutuskan sama ada beliau ingin menerima rawatan atau tidak, kata Dr Syed Harun.
"Kita boleh menggalakkan, kita boleh membantu individu itu melihat sebab untuk mendapatkan rawatan dan kita boleh memudahkan pilihan tersebut, tetapi untuk menjadikannya wajib dan boleh dikuatkuasakan adalah sesuatu yang berbeza pada pandangan saya."
Sebelum ini, Cik Sim berkata bahawa CRU merancang untuk memulakan operasi uji cuba pada suku kedua 2025, bermula dengan kawasan kejiranan Tampines.
Tampines dipilih disebabkan beban kes purata jika dibandingkan dengan kawasan lain di Singapura, kata Cik Sim.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.