Skip to main content

Singapura

Parlimen lulus undang-undang kuat kuasa peraturan keselamatan, akses kepada EV

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Nov 2022 10:21PM Dikemas Kini : 30 Nov 2022 10:28PM
SINGAPURA: Parlimen meluluskan undang-undang baru yang membolehkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menguatkuasakan peraturan tentang keselamatan dan akses kepada Kenderaan Elektrik atau EV di Singapura.

Di bawah rang undang-undang itu, semua alat pengecas EV mesti diiktiraf dan berdaftar dengan LTA.

Kesemuanya juga perlu mematuhi piawai keselamatan yang ditetapkan.

Para pengendali stesen mengecas juga mesti mendapatkan lesen.

Ini demi mengelakkan alat pengecas daripada tidak diselenggara dengan baik yang boleh menimbulkan bahaya.

Semua bangunan baru juga harus memasang jumlah minimum alat pengecas.

Kondominium-kondominium juga boleh memasang alat pengecas EV dengan mendapatkan kelulusan daripada hanya separuh penghuninya jika syarat-syarat tertentu dipenuhi.

Ini sejajar dengan sasaran Singapura untuk memasang 60,000 tempat mengecas EV di merata negara menjelang 2030.
Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita