Parlimen lulus undang-undang kawal selia pelaburan entiti penting bagi keselamatan SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parlimen meluluskan satu undang-undang baharu yang akan mengawal selia pelaburan dalam entiti-entiti yang dianggap penting kepada keselamatan negara.
Perubahan kepada pemilik atau penguasaan entiti-entiti sedemikian memerlukan kelulusan pemerintah.
Ini ekoran kebimbangan bahawa langkah tersebut mungkin akan menyebabkan para pelabur menjauhkan diri dan menjejas daya saing negara.
Bagaimanapun, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong menjelaskan bahawa langkah tersebut akan mengukuhkan kedudukan Singapura.
"Maka itu penting untuk mempunyai langkah-langkah pengurusan pelaburan yang mencukupi dan berkesan untuk melindungi keselamatan negara serta memastikan ekonomi kita kekal berdaya tahan.
"Ini akan memberi perniagaan-perniagaan dan para pelabur keyakinan terhadap Singapura sebagai hab global pelaburan dan perniagaan yang stabil, boleh dipercayai dan terhubung," tambahnya.
Para Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan pembangkang juga melahirkan kebimbangan bahawa langkah itu mungkin bersifat perlindungan.
Mereka juga meminta jaminan tentang bagaimana pemerintah akan mengimbangi keselamatan negara dengan kepentingan ekonomi serta mentadbir undang-undang secara adil.
Anggota Parlimen GRC Jurong, Shawn Huang mengemukakan solan tentang apakah langkah-langkah pencegahan untuk memastikan bahawa rang undang-undang tersebut tidak mencegah para pelabur asing dan mengekalkan reputasi Singapura sebagai sebuah hab pelaburan global.
"Bagaimana ia menjejas entiti-entiti yang menimbangkan untuk melabur dalam teknologi prasarana atau keupayaan di Singapura yang mungkin dianggap sebagai pelaburan penting masa hadapan?" tambahnya.
"Saya akur tentang betapa penting untuk melindungi entiti dan prasarana penting di Singapura serta mengambil langkah-langkah pencegahan dan pembetulan untuk melindungi kepentingan negara kita," kata Anggota Parlimen GRC Sengkang Louise Chua.
"Juga sama penting untuk kita memastikan bahawa pelaksanaan Akta itu dan penggunaan kuasa dilakukan secara wajar dan telus, dengan keputusannya dibuat secara terbuka dipertanggungjawabkan secara kerap seperti dalam bidang kuasa lain, jika boleh dilaksanakan."
Bagi memastikan agar ekonomi Singapura dapat terus memikat pelaburan saing, seorang Anggota Parlimen Dilantik (NMP) menyarankan agar nilai urus niaga minimum yang lebih tinggi ditetapkan.
Beliau berkata itu akan mengekalkan ketelusan, konsistensi dan kejelasan yang diingini pelabur.
"Menetapkan nilai urus niaga minimum yang lebih tinggi mungkin boleh membantu mengekalkan kecekapan tanpa menjejaskan pengawasan kawal selia dan terus menjadikan Singapura destinasi menarik untuk pelaburan asing," kata Anggota Parlimen Dilantik Neil Parekh.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.