Parlimen lulus undang-undang bagi Presiden, menteri terima pelantikan antarabangsa dalam kapasiti peribadi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Marcus Mark)
SINGAPURA: Parlimen meluluskan satu rangka kerja undang-undang yang membolehkan Presiden dan menteri menerima pelantikan dalam pertubuhan antarabangsa dalam kedudukan peribadi mereka, jika ia demi memajukan kepentingan Singapura.
Lapan Anggota Parlimen dari Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) menolak undang-undang itu sementara 75 AP dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah menyokongnya, di sidang Parlimen pada Rabu (22 Nov).
Pindaan perlembagaan memerlukan sekurang-kurangnya dua pertiga majoriti, atau 60 undi, untuk diluluskan. Undi itu tidak termasuk AP Dicalon (NMP).
Dengan Rang Undang-Undang Perlembagaan Republik Singapura (Pindaan Nombor 3) itu, diluluskan Presiden boleh menjalankan peranan antarabangsa apabila Kabinet menasihatkan bahawa ia adalah demi kepentingan negara untuk berbuat demikian.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) membentangkan pindaan itu pada sidang parlimen 6 Nov, di mana ia menyatakan dalam satu kenyataan media bahawa memegang jawatan sedemikian boleh meningkatkan kedudukan antarabangsa Singapura.
Dalam ucapan pembukaannya, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata Rang Undang-undang itu menyediakan "rangka kerja berprinsip" untuk mentadbir cara Presiden dan menteri menerima pelantikan antarabangsa dalam kedudukan peribadi mereka, jika diperlukan demi kepentingan negara.
Beliau berkata pindaan itu akan membantu memastikan Singapura menjaga "maruah dan status" pemimpinnya, sambil membolehkan mereka membuat sumbangan penting dalam badan antarabangsa dan membentuk pemikiran global demi kepentingan negara.
“Dengan cara ini, kami boleh memanfaatkan sepenuhnya kepakaran, pengalaman dan kedudukan peribadi individu yang kami pilih untuk memegang jawatan, untuk memajukan kepentingan Singapura dan mengukuhkan nilai negara ini kepada dunia,” kata Encik Wong.
Semasa perbahasan selama dua setengah jam itu, Encik Wong menyeru anggota parlimen pembangkang supaya tidak menentang sekadar "untuk membangkang" sesuatu yang "jelas akan memajukan kepentingan Singapura".
Presiden Tharman Shanmugaratnam, mengangkat sumpah pada 14 Sep selepas menang besar pada pilihan raya 1 Sep. Mantan Menteri Kanan itu meletak jawatan daripada semua jawatan dalam pemerintah dan PAP untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.
Beliau telah menjadi pengerusi lembaga pemegang amanah Kumpulan 30 (G30), sebuah majlis pemimpin ekonomi dan kewangan global bebas, sejak 2017.
Encik Tharman juga duduk dalam lembaga pemegang amanah Forum Ekonomi Dunia.
Beliau juga adalah pengerusi bersama Suruhanjaya Global mengenai Ekonomi Air yang membuat cadangan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan forum antarabangsa lain, serta lembaga penasihat Laporan Pembangunan Manusia PBB.
PERTIMBANGAN KABINET
Kabinet telah mempertimbangkan perkara itu dengan teliti kata Encik Wong dan bersetuju bahawa ia adalah demi kepentingan negara bagi Encik Tharman untuk terus dibenarkan berbuat demikian dalam kapasiti bebas dan peribadinya, kerana ia bermanfaat untuk Singapura.
Beliau berkata pemerintah pada asalnya berhasrat agar Encik Tharman terus berkhidmat dengan pelantikan antarabangsanya dalam kedudukan rasminya. Bagaimanapun, Peguam Negara menasihatkan Kabinet bahawa aturan sedemikian "tidak sesuai".
Ini kerana badan antarabangsa mahu orang yang dilantik membawa bersama status dan reputasi rasmi mereka, tetapi juga menyumbang secara bebas untuk mencapai matlamat organisasi.
"Sekiranya Presiden berkhidmat dalam badan-badan antarabangsa ini semata-mata atas kapasiti rasminya, maka sumbangannya terhad kepada mewakili kedudukan rasmi Singapura," kata Encik Wong.
"Ia tidak selaras dengan keperluan pertubuhan-pertubuhan ini. Juga bukan demi kepentingan Singapura apabila Presiden kita begitu terhad, kerana ia menyekat keupayaan kita untuk membentuk perbincangan dan inisiatif global."
Encik Wong menambah bahawa dari perspektif Singapura, ada "nilai" mempunyai Presiden dalam badan-badan antarabangsa.
“Ia membolehkan Singapura terlibat ke dalam perbincangan global, dan memahami serta membantu membentuk pemikiran dalam badan antarabangsa yang penting dan berpengaruh ini,” tambah Encik Wong lagi.
"Tetapi untuk ini berlaku, Presiden mesti boleh berfungsi dengan berwibawa dalam badan antarabangsa ini, dengan kepakarannya untuk memajukan agenda mengenai isu-isu yang lebih luas yang menjadi perhatian kepada organisasi."
Kabinet membuat kesimpulan bahawa Presiden harus dibenarkan menyumbang dalam pelantikan antarabangsa ini dalam kapasiti "bebas dan peribadinya", kerana ini bermanfaat untuk Singapura.
Memandangkan nasihat Peguam Negara bahawa aturan sedemikian pada masa ini tidak "diperuntukkan dengan jelas" dalam Perlembagaan, justeru pindaan perlembagaan diperlukan, tambah Encik Wong.
APA YANG PRESIDEN DAN MENTERI BOLEH LAKUKAN
Encik Wong berkata pindaan itu membolehkan Presiden Singapura menerima pelantikan antarabangsa dalam kapasiti peribadi, dengan tiga syarat:
*Pelantikan itu tidak boleh melanggar peraturan sedia ada dalam Perlembagaan, yang sudah melarang Presiden daripada terlibat secara aktif dalam perusahaan komersil.
*Kabinet mesti menilai pelantikan itu dan menasihati Presiden bahawa ia adalah demi kepentingan negara untuk menerimanya.
*Presiden, "bertindak mengikut budi bicaranya, mesti bersetuju dengan nasihat Kabinet".
Kabinet boleh menasihati Presiden mengenai pelaksanaan peranannya, supaya ia adalah untuk kepentingan negara Singapura. Presiden mesti bertindak mengikut mana-mana nasihat sedemikian.
Kabinet secara amnya akan menasihati Presiden supaya tidak mengulas mengenai isu politik, undang-undang dan dasar dalam negeri; membuat sebarang komitmen bagi pihak pemerintah atau Singapura; dan menyimpan sebarang bayaran atau faedah daripada pelantikan itu, kata Encik Wong.
Presiden juga mesti berundur daripada sebarang pelantikan antarabangsa jika dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh Kabinet. Sebarang pelantikan atau pelepasan jawatan akan dimaklumkan dalam warta pemerintah.
Di bawah Kod Tata Laku Menteri sedia ada, menteri boleh dan sudah pun mengambil peranan luar dalam kapasiti peribadi mereka jika Perdana Menteri menganggapnya untuk kepentingan negara dan memberi kebenaran.
Ini kini termaktub dalam rangka kerja undang-undang baharu.
Tidak seperti Presiden, menteri mesti mendapat kebenaran Perdana Menteri dan tertakluk kepada arahannya. Ini termasuk diarahkan untuk tidak melanggar tanggungjawab Kabinet secara kolektif untuk menyokong dasar pemerintah.
Perdana Menteri tidak tertakluk di bawah pindaan itu.
"Perdana Menteri terdahulu dan sekarang tidak menerima sebarang pelantikan antarabangsa seperti itu, dan kami tidak menjangkakan Perdana Menteri akan datang akan berbuat demikian," kata Encik Wong.
Encik Wong juga berkata Menteri Kanan Teo Chee Hean kini duduk dalam jawatankuasa penasihat antarabangsa TotalEnergies, dan mendermakan honorarium yang diterimanya.
Beliau berkata Perdana Menteri Lee Hsien Loong berhasrat untuk membenarkan Encik Teo meneruskan pelantikan itu di bawah rangka kerja baharu berkenaan.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.