Parlimen lulus Rang Undang-Undang tambah jumlah cuti ibu bapa dikongsi, cuti bapa wajib
Parlimen meluluskan undang-undang pada Rabu (13 Nov) untuk menambah jumlah cuti ibu bapa yang dikongsi dan cuti paterniti wajib.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parlimen meluluskan undang-undang pada Rabu (13 Nov) untuk menambah jumlah cuti ibu bapa yang dikongsi dan cuti bapa wajib.
Semasa perbahasan di Parlimen, para Anggota Parlimen (AP) menarik perhatian bagaimana dengan menambah jumlah cuti ibu bapa, ia mungkin menggalakkan lebih ramai bapa untuk meluangkan masa di luar waktu bekerja untuk menjaga anak-anak mereka.
Ada juga yang meminta lebih banyak cuti penjagaan anak, manakala ada yang menggesa supaya garis panduan jelas diberikan kepada majikan.
Dalam jawapannya, Menteri Negara bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling berkata pindaan terhadap Akta Simpanan Bersama Pembangunan Anak bertujuan mengatasi isu-isu tersebut - daripada memperkenalkan langkah perlindungan pekerjaan hingga memberi jaminan kepada ibu bapa untuk menggunakan cuti kelayakan mereka.
Beliau menambah, pemerintah akan terus memperbaiki pilihan jagaan anak bagi menyokong ibu bapa. Namun, para majikan juga perlu menyediakan tempat kerja mesra keluarga.
Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada Ogos lalu bahawa cuti ibu bapa yang dikongsi akan ditambah 10 minggu apabila skim baharu itu dilaksanakan sepenuhnya sebelum 1 April 2026.
APAKAH ITU RANG UNDANG-UNDANG SIMPANAN BERSAMA PEMBANGUNAN ANAK (PINDAAN)
Diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Oktober lalu, Rang Undang-Undang Simpanan Bersama Pembangunan Anak (Pindaan) memberi butiran mengenai skim baharu cuti ibu bapa yang dikongsi serta penambahan pada cuti bapa.
Ia turut menggariskan perlindungan baharu terhadap pekerjaan serta perubahan operasi dan pentadbiran.
Skim cuti ibu bapa yang dikongsi akan menggantikan skim sedia ada, yang membolehkan kaum ibu yang bekerja untuk berkongsi sehingga empat minggu daripada 16 minggu cuti bersalin dengan pasangan mereka.
Ia akan dilancarkan mengikut fasa - mulai 1 April tahun depan - untuk memberi para majikan masa membuat penyesuaian kepada aturan operasi dan tenaga kerja.
Skim itu akan dilancarkan mengikut dua fasa:
- Bagi ibu bapa dengan anak yang dilahirkan dari 1 April 2025, mereka layak menerima cuti ibu bapa dikongsi selama 6 minggu.
- Mereka yang mempunyai anak yang lahir mulai 1 April 2026 pula layak menerima cuti bapa wajib selama 10 minggu.
Kelayakan bagi cuti bapa wajib juga akan digandakan kepada empat minggu mulai April tahun depan.
Buat masa ini, kaum bapa hanya diberikan cuti selama dua minggu dan mereka dibenarkan menambah dua minggu jika dibenarkan oleh majikan masing-masing.
Rang Undang-Undang itu juga memperkenalkan tempoh notis minimum empat minggu untuk para pekerja yang ingin mengambil cuti ibu bapa secara berterusan. Ini bagi memberi masa kepada majikan untuk membuat perancangan kerja dan operasi.
Perlindungan pekerjaan juga akan dilanjutkan kepada bapa dan bapa angkat yang mengambil cuti bapa dan cuti anak angkat mulai 1 April tahun depan.
Buat masa ini, para majikan tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk memecat atau memberi notis pembuangan kerja kepada kakitangan wanita jika beliau mengambil cuti bersalin.
Walaupun para AP mengalu-alukan Rang Undang-Undang tersebut, sesetengah AP menimbulkan kebimbangan tentang sama ada kaum bapa yang baru menimang cahaya mata akan memanfaatkan sepenuhnya cuti bapa tambahan yang diberikan dan sama ada lebih banyak usaha dapat dilakukan bagi menggalakkan peranan lebih adil dalam membesarkan anak.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.