Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen lulus Rang Undang-Undang naikkan denda maksimum, perkenal denda komposisi bagi kesalahan ringan di SAF

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen lulus Rang Undang-Undang naikkan denda maksimum, perkenal denda komposisi bagi kesalahan ringan di SAF

(Gambar: SAF)

Diterbitkan : 02 Aug 2022 11:59PM Dikemas Kini : 03 Aug 2022 01:11AM

SINGAPURA: Anggota perkhidmatan  Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang melakukan kesalahan ringan  berdepan denda lebih berat selepas Parlimen pada Selasa (2 Ogos) meluluskan Rang Undang-Undang untuk menaikkan denda maksimum dan memastikan terdapat pencegahan yang mencukupi. 

"Ia adalah prinsip yang diterima di mana hukuman kewangan dinaikkan sejajar dengan inflasi serta gaji dan elaun bagi pencegahan yang mencukupi," kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen semasa berucap di Parlimen pada Selasa (2 Ogos). 

Pindaan itu turut memperkenalkan denda komposisi sebagai langkah disiplin tambahan, selain perbicaraan dan dakwaan di mahkamah tentera, untuk menghuraikan kesalahan ringan dengan lebih berkesan  sambil mengekalkan pencegahan. 

Pindaan terhadap peruntukan disiplin dan proses pentadbiran di bawah Akta SAF itu adalah sebahagian daripada Rang Undang-Undang untuk menubuhkan Khidmat Digital dan Risikan. 

Perbicaraan jenayah lazimnya melibatkan pendakwaan  tidak rasmi dengan anggota perkhidmatan  didakwa dan dikenakan hukuman oleh pegawai-pegawai kanan - daripada unit yang sama ataupun tidak - di kem SAF. 

Walaupun Dr Ng tidak menggariskan contoh kesalahan ringan, beliau menyebut kesalahan yang biasa berlaku seperti merokok di luar kawasan tertentu di kem SAF dan tidak menamatkan Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) yang diadakan setiap tahun. 

Namun, kesalahan akan dinilai mengikut kes dengan faktor seperti kesalahan berulang diambil kira. 

DENDA MAKSIMUM LEBIH TINGGI

Bagi kesalahan-kesalahan ringan yang dibicarakan, seorang pegawai disiplin peringkat rendah boleh mengenakan denda maksimum sebanyak S$600, berbanding S$300, kepada seorang sarjan ketiga.

Pegawai disiplin paling kanan ialah Panglima Pasukan Pertahanan yang boleh mengenakan denda maksimum sebanyak S$10,000, naik daripada S$6,000. 

Pegawai SAF yang melakukan kesalahan lazimnya akan perlu didakwa oleh seorang pegawai disiplin kanan. 

"Had denda yang disarankan ini tidak melebihi had denda di Mahkamah Majistret, yang sekarang ini ditetapkan pada S$10,000," kata Dr Ng. 

Had denda yang boleh dikenakan  Mahkamah Rendah Tentera juga akan dinaikkan buat pertama kali sejak 2006. 

Bagi pegawai, denda maksimum akan dinaikkan daripada S$10,000 kepada S$30,000. Bagi askar, ia akan dinaikkan daripada S$5,000 kepada S$15,000. Had denda bagi Jawatankuasa Disiplin Kanan turut akan dinaikkan daripada S$10,000 kepada S$30,000. 

Kenaikan itu juga merujuk kepada mahkamah biasa dan serupa dengan had denda di Mahkamah Daerah, yang ditetapkan sekarang ini sebanyak S$30,00 dalam Kanun Prosedur Jenayah, kata Dr Ng. 

AP Louis Ng (PAP-Nee Soon) bertanya bagaimana "peningkatan ketara" denda yang boleh dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Tentera ditentukan dan sama ada akan terdapat garis panduan hukuman yang jelas. 

Menjawab pertanyaan tersebut, Dr Ng berkata, dengan peningkatan tersebut, mahkamah tentera dan pegawai disiplin masih perlu menilai konteks tertentu kes dan memutuskan denda yang wajar dikenakan. 

"Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan SAF sudah menentukan garis panduan mengenai jumlah denda berdasarkan berapa berat  kesalahan itu serta pangkat pegawai terbabit, dan akan menyesuaikan garis panduan berkenaan apabila pindaan itu berkuat kuasa," tambah Dr Ng. 

SAMAN KOMPOSISI DIPERKENALKAN

Berhubung denda komposisi, Dr Ng menarik perhatian bahawa setakat ini, tiada pilihan bagi MINDEF untuk menawarkan denda komposisi bagi kesalahan ringan. 

Pindaan ternaru itu akan membolehkan  denda komposisi sehingga S$5,000, ataupun separuh jumlah maksimum yang dikenakan bagi kesalahan tersebut, atau separuh denda maksimum yang boleh dikenakan bagi kesalahan tersebut dalam perbicaraan, yang mana satu lebih rendah. Ini akan membantu menghuraikan kesalahan ringan "dengan berkesan sambil mengekalkan pencegahan". 

Denda komposisi dengan had yang serupa turut akan diperkenalkan bagi anggota Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). 

Denda komposisi di SPF akan dikenakan bagi Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF), Anggota Kerahan (NSmen), sukarelawan terdiri daripada bekas NSmen, rekawan  yang berkhidmat di bawah Pasukan Konstabel Khas dan pegawai polis khas. 

Denda komposisi di SCDF akan dikenakan pada NSF, relawan bekas NSmen dan pegawai tambahan.  

"Setelah denda komposisi dibayar, tiada lagi tindakan akan diambil terhadap tertuduh bagi kesalahan berkenaan," kata Dr Ng.

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan