Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen lulus pindaan kurangkan gas karbon, jamin bekalan tenaga

Syarikat-syarikat janakuasa di Singapura mungkin perlu mengurangkan pelepasan gas karbon,menyusuli saranan piawai baru yang bakal diumumkan tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Nov 2021 08:08PM Dikemas Kini : 02 Nov 2021 09:08PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat janakuasa di Singapura mungkin perlu mengurangkan pelepasan gas karbon,menyusuli saranan piawai baru yang bakal diumumkan tahun depan.

Ini selepas Parlimen meluluskan pindaan kepada undang-undang berkaitan sektor tenaga.

Ia bertujuan membolehkan pihak berkuasa memiliki prasarana bekalan elektrik sendiri.

Dengan pindaan terbaru itu, pemerintah kini boleh mengarahkan sektor bekalan tenaga untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Ini sekaligus menyokong usaha Singapura menangani isu perubahan iklim.

Sektor tersebut menyumbang sekitar 40 peratus pengeluaran karbon di sini.

Pelbagai langkah yang disaran akan diumumkan tahun depan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai.

Satu lagi perubahan adalah membenarkan Penguasa Pasaran Tenaga, EMA untuk memiliki dan mengendalikan pelbagai infrastruktur penting dalam sektor daya tenaga.

Namun pindaan tersebut memberi EMA kelonggaran untuk bertindak jika terdapat senario di mana keselamatan, kestabilan atau jaminan bekalan tenaga di Singapura terjejas.

Turut dipinda, undang-undang bagi meningkatkan perlindungan infrastruktur elektrik dan gas di sini. 

Sumber : CNA/IQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan