Parlimen lulus hukuman lebih berat bagi kesalahan guna, import dan jual vape di SG
Hukuman maksimum bagi kesalahan memiliki, menggunakan, mengimport dan menjual vape di Singapura akan dinaikkan dengan ketara selepas perubahan terhadap undang-undang diluluskan di parlimen pada Jumaat (6 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hukuman maksimum bagi kesalahan memiliki, menggunakan, mengimport dan menjual vape di Singapura akan dinaikkan dengan ketara selepas perubahan terhadap undang-undang diluluskan di parlimen pada Jumaat (6 Mac).
Para pemilik gudang dan unit penyimpanan juga akan memikul tanggungjawab lebih besar jika produk terlarang sedemikian ditemui di premis mereka, manakala kelab malam, bar dan pub perlu mengambil tindakan apabila mendapati pelanggan memiliki atau menggunakan vape.
Rang Undang-Undang Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) (Pindaan) dan Perkara Lain diluluskan sebulat suara, dengan sembilan Anggota Parlimen (AP) mengemukakan soalan.
Semasa berucap dalam perbahasan berhubung rang undang-undang tersebut, Menteri Negara Kanan Kesihatan Koh Poh Koon berkata bahawa walaupun vape etomidate mencetuskan lebih banyak usaha penguatkuasaan baru-baru ini, kebanyakan pengguna vape tidak menggunakan etomidate.
“Oleh itu, kami meningkatkan dengan ketara hukuman bagi kesalahan yang melibatkan produk ini bagi mengukuhkan kesan pencegahan,” kata Dr Koh.
Sepanjang enam bulan lalu, pihak berkuasa menangkap lebih 5,100 individu bagi kesalahan berkaitan vape, dengan lebih seorang daripada 10 individu merupakan pengguna vape etomidate.
Dalam kalangan pesalah yang ditempatkan dalam program pemulihan, 42 orang gagal mematuhinya. Seorang sudah sabit kesalahan dan dipenjarakan, manakala selebihnya akan didakwa.
Seramai 70 pesalah sudah menamatkan program pemulihan, dengan empat pesalah belia mengulangi kesalahan yang dilakukan.
UNDANG-UNDANG BAHARU BAGI CABARAN BAHARU
Dr Koh berkata vape menimbulkan cabaran baharu dari segi penguatkuasaan dan perlindungan kesihatan.
Undang-undang baharu itu bukan sahaja mengenakan larangan terhadap peranti vape, malah turut membolehkan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan etomidate dan bahan psikoaktif lain yang berpotensi digunakan melalui peranti sedemikian pada masa depan, kata Dr Koh.
Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) (TCASA) dinamakan semula sebagai Akta Kawalan Tembakau dan Vape (TVCA) bagi mencerminkan mandat dan skop undang-undang yang lebih luas.
Vape dan komponennya dianggap sebagai produk terlarang di bawah TVCA, bersama produk tembakau tiruan yang belum lagi dirangkumi di bawah Akta tersebut.
“Usaha untuk memastikan undang-undang ini kekal relevan pada masa depan adalah penting, terutamanya memandangkan industri tembakau telah memperkenalkan produk-produk baharu untuk mengelakkan peraturan kawalan tembakau,” kata Dr Koh.
Di bawah undang-undang baharu itu, pembelian, penggunaan dan pemilikan vape kini membawa hukuman denda maksimum sebanyak S$10,000, meningkat daripada S$2,000 sebelum ini.
Mereka yang mengimport vape kini berdepan hukuman penjara mandatori sehingga sembilan tahun serta denda sehingga S$300,000.
Penjual atau pembekal produk tersebut boleh dihukum penjara sehingga enam tahun dan didenda sehingga S$200,000.
Hukuman maksimum bagi penjualan, pembekalan atau pengimportan produk tembakau tiruan juga dinaikkan, dengan denda sebanyak S$100,000 dan penjara tiga tahun bagi pesalah kali pertama. Pesalah berulang boleh dikenakan seganda hukuman maksimum.
Pemerintah sebelum ini menyenaraikan sementara etomidate dan analognya sebagai dadah terkawal Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) bagi menangani isu baharu penyalahgunaan bahan tersebut.
Di bawah undang-undang baharu itu, satu kategori Bahan Psikoaktif Tertentu (SPS) diwujudkan untuk merangkumi produk-produk seperti etomidate, yang boleh menghasilkan kesan psikoaktif apabila diambil dan juga boleh disalahgunakan melalui penggunaan produk tembakau, vape atau produk tembakau tiruan.
Pada masa yang sama, etomidate dikeluarkan daripada MDA.
Sesiapa yang membekalkan produk SPS boleh dihukum penjara antara dua hingga 10 tahun serta dikenakan dua hingga lima sebatan rotan.
Mereka yang mengimport produk sedemikian boleh dihukum penjara antara tiga hingga 20 tahun dan dikenakan lima hingga 15 sebatan rotan.
Mereka yang sabit kesalahan memiliki, membeli atau mengambil SPS boleh didenda sehingga S$20,000, dihukum penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Seperti dadah dan bahan lain yang dirangkumi di bawah MDA, ia adalah satu kesalahan bagi rakyat Singapura dan penduduk tetap untuk mengambil SPS di luar negara.
“Ini bertujuan menghalang rakyat tempatan daripada pergi ke luar negara bagi memenuhi ketagihan mereka untuk mengelakkan penguatkuasaan di Singapura,” kata Dr Koh.
MELINDUNGI GOLONGAN MUDA
Undang-undang baharu itu juga bertujuan melindungi golongan muda daripada bahaya vape.
Ia menghukum orang dewasa yang memiliki produk SPS dan secara sedar atau cuai meninggalkannya di tempat yang boleh diakses oleh kanak-kanak, atau yang tidak mengambil langkah munasabah untuk menghalang golongan muda daripada menggunakan produk tersebut.
Mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun bagi kesalahan pertama. Pesalah berulang berdepan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun.
Orang dewasa yang melibatkan golongan muda atau rentan dalam mengimport atau membekalkan produk sedemikian boleh dihukum penjara antara empat hingga 20 tahun dan dikenakan empat hingga 15 sebatan rotan.
Menjawab soalan Anggota Parlimen Hamid Razak (PAP-West Coast-Jurong West) dan Vikram Nair (PAP-Sembawang), Dr Koh berkata pemerintah sudah meningkatkan usaha pendidikan pencegahan, sambil menarik perhatian bahawa “ramai orang, khususnya golongan muda, mula menggunakan vape kerana rasa ingin tahu atau tekanan rakan sebaya”.
“Kempen nasional merentasi pelbagai platform merangkumi panel paparan digital di seluruh negara … media arus perdana dan media sosial, bagi memaklumkan orang ramai tentang bahaya vape dan vape etomidate,” kata beliau.
Pihak berkuasa juga bekerjasama dengan ramai rakan kandungan online untuk mendekati golongan muda, tambah beliau.
Sekolah dan institut-institut pengajian tinggi juga memainkan peranan besar dalam mendidik golongan muda berhubung isu tersebut, dengan mesej mengenai bahaya dan kesan penggunaan vape dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah, kata beliau ketika menjawab soalan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Neo Kok Beng.
Dr Koh turut berkata bahawa Penguasa Sains Kesihatan (HSA) akan mendampingi ibu bapa dan penjaga serta menggunakan kuasa yang ada dengan bijaksana apabila menangani pesalah muda.
“Sokongan ibu bapa dan keluarga amat penting untuk membantu pesalah muda berhenti,” kata beliau.
“Ibu bapa yang enggan melibatkan diri dalam sesi kaunseling anak mereka tanpa alasan yang munasabah berpotensi berdepan tuduhan jenayah.”
KEPERLUAN PEMULIHAN
Selain hukuman yang dipertingkat, undang-undang baharu itu juga memperkenalkan kuasa baharu untuk memerintahkan pemulihan.
Perintah pemulihan berasaskan masyarakat boleh dikenakan apabila terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang mengambil SPS, serta bagi para individu yang sabit kesalahan atau menerima tawaran kompaun bagi kesalahan mengambil SPS.
Mereka yang berulang kali diberkas kerana mengambil SPS boleh dikenakan rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah.
Perintah pemulihan berasaskan masyarakat juga boleh dikenakan terhadap individu yang menggunakan vape.
Anggota Parlimen He Ting Ru (WP-Sengkang) berkata beliau berharap usaha penguatkuasaan memberi peluang kepada pengguna vape untuk memulakan hidup baharu, dan bukannya menyebabkan stigma terhadap mereka, khususnya kanak-kanak yang mempunyai masa depan yang panjang.
Anggota Parlimen Choo Pei Ling (PAP-Chua Chu Kang) berkata beliau mengalu-alukan perintah pemulihan berstruktur yang diperkenalkan dalam rang undang-undang tersebut.
“Penguatkuasaan menghentikan penyebaran, pemulihan menghentikan kitaran,” kata beliau.
“Kredibiliti rangka kerja ini bergantung kepada pelaksanaan yang tepat pada masanya dan konsisten. Bagi pesalah belia kali pertama yang layak, campur tangan mesti cepat, berstruktur dan disokong dengan akses kepada laluan untuk menghentikan perkara tersebut serta kaunseling.”
Dr Choo meminta Kementerian Kesihatan (MOH) untuk memberikan butiran tentang bagaimana untuk memastikan pemulihan dilaksanakan dengan cepat.
Menjawab soalan itu, Dr Koh berkata para pesalah yang disyaki mungkin perlu menjalani temu bual, siasatan dan ujian sebelum dihantar untuk pemulihan. Oleh itu, sedikit masa diperlukan antara pengesanan dan pemulihan.
“Kami sedang berusaha mengurangkan tempoh tersebut,” kata beliau.
Dr Koh menambah bahawa penyedia program pemulihan akan meneroka punca asas penggunaan vape dan etomidate, dan para pesalah akan mempelajari cara untuk menangani tabiat tersebut secara sihat.
Bagi mereka yang berusia bawah 21 tahun, sesi kaunseling juga akan dijalankan bersama ibu bapa atau penjaga mereka.
TANGGUNGJAWAB PEMILIK GUDANG
Undang-undang itu juga akan mewajibkan para pemilik dan penghuni tanah, bangunan dan premis untuk mengambil langkah berhati-hati bagi menghalang produk-produk terlarang daripada disimpan di ruang-ruang yang berada di bawah tanggungjawab mereka.
Hal tersebut mungkin melibatkan pemeriksaan latar belakang para penyewa, pelaksanaan pemeriksaan mengejut serta penambahan syarat yang jelas dalam perjanjian sewaan berhubung aktiviti-aktiviti terlarang.
Beliau menyatakan bahawa HSA sebelum ini menemui beberapa kes operasi vape haram di gudang dan unit penyimpanan, termasuk satu kes di mana vape dan komponen yang ditemukan bernilai lebih S$5 juta pada harga pasaran.
Semasa perbahasan, Anggota Parlimen Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang) bertanya sama ada garis panduan yang jelas akan disediakan supaya para pemilik mengetahui apa yang dianggap sebagai usaha yang wajar.
Dr Koh berkata sokongan akan diberikan kepada para pemilik dan penghuni supaya mereka memahami cara untuk memenuhi tanggungjawab mereka.
Mereka akan diberi panduan praktikal berhubung cara untuk mengenal pasti produk-produk terlarang, bagaimana untuk berurusan dengan individu yang memiliki atau menggunakan produk terlarang, serta bila masanya untuk mendapatkan bantuan daripada HSA.
Setiap kes yang melibatkan penyimpanan produk terlarang akan dinilai berdasarkan fakta-faktanya yang tersendiri, justeru para pemilik dan penghuni yang sudah mengambil langkah berhati-hati tidak perlu berasa bimbang, kata Dr Koh.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.