Parlimen lulus Belanjawan $131.4b, 'pelan tindakan jelas' untuk bawa SG ke masa hadapan
Parlimen meluluskan Belanjawan S$131.4 bilion untuk tahun ini pada Khamis (7 Mac), menyusuli perbahasan selama sembilan hari.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Parlimen meluluskan Belanjawan S$131.4 bilion untuk tahun ini pada Khamis (7 Mac), menyusuli perbahasan selama sembilan hari.
Dalam dunia yang "huru-hara, lebih berbahaya dan semakin tidak menentu", Belanjawan 2024 "mewujudkan pelan tindakan jelas untuk membawa Singapura melangkah ke masa hadapan dengan penuh keyakinan dan harapan", kata Ketua Dewan Indranee Rajah semasa menggulung ucapannya.
"Belanjawan 2024 juga memperuntukkan sumber-sumber bagi dasar-dasar yang membolehkan kita mengubah cabaran menjadi peluang, menyegarkan semula tenaga kerja dengan membantu para pekerja mencari haluan baharu dan kerjaya kedua dan membangunkan sebuah Singapura yang bersemangat dan inklusif, adil dan berkembang maju, tabah dan bersatu padu," tambah beliau.
Belanjawan tahun ini juga memastikan "tiada sesiapa yang ketinggalan", kata Cik Indranee yang juga merupakan Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara.
Sambil menekankan perlunya inklusiviti, beliau berkata: "Pada masa yang sama, dengan mewujudkan peluang dan menyediakan bantuan pemangkin untuk menggalak dan meluaskan usaha individu, kita mempuk sebuah Singapura yang bersatu dan berdaya bingkas."
Sementara itu, Anggota Parlimen Gerald Giam (WP-Aljunied) menggesa Parlimen supaya menubuhkan jawatankuasa pilihan tetap bagi setiap kementerian atau sekumpulan kementerian berkaitan terdiri daripada para anggota parlimen daripada semua parti politik yang diwakili di Parlimen.
Walaupun Singapura mempunyai tujuh jawatankuasa pilihan tetap, ia tidak mempunyai sebarang kementerian khusus, katanya, sambil menarik perhatian bahawa negara-negara lain seperti Britain dan Australia mempunyai amalan itu.
Selepas meneliti perundangan dan dasar, jawatankuasa pilihan tetap itu boleh membuat saranan kepada parlimen sebelum undian bagi Rang Undang-Undang dan sebarang pindaan, kata Encik Giam.
"Proses itu akan menjurus kepada perbahasan lebih berhemah dan konstruktif dan membuat keputusan yang lebih baik di parlimen," katanya.
Dalam responsnya, Cik Indranee berkata: "Saya fikir soalan yang perlu kita tanya diri kita sendiri adalah, di negara lain di mana mereka mempunyai beberapa jawatankuasa pilihan tetap ini, adakah ia semestinya ditadbir dengan lebih baik? Adakah ia semestinya mempunyai hasil lebih baik? Adakah parlimen mereka lebih cekap? Adakah pemerintah mereka lebih dipercayai?"
"Saya akan katakan tidak, tidak semestinya, kepada semua soalan itu," katanya sambil menambah Singapura berada di kedudukan baik dari segi ranking antarabangsa mengenai pentadbiran, ketelusan dan rasuah.
Tidak produktif bagi setiap kementerian untuk menjawab kepada sebuah jawatankuasa pilihan tetap, kata Cik Indranee.
Semasa perbahasan selama sembilan hari itu, 61 anggota parlimen daripada kedua-dua pihak Dewan tampil untuk berucap, dengan 598 kertas susunan mesyuarat difailkan antara mereka semua, kata Speaker Parlimen Seah Kian Peng dalam ucapan penutupnya.
Beliau mempengerusi perbahasan Belanjawan dan Jawatankuasa Perbekalan tahun ini selepas menjadi Speaker Parlimen pada Ogos 2023.
Ini kali pertama dalam tiga tahun di mana Anggota Parlimen daripada parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan parti pembangkang meluahkan sokongan secara terbuka kepada Belanjawan itu, kata Encik Seah.
"Dan sokongan ini datang daripada pemimpin kedua-dua parti pembangkang. Kami mahu membina sebuah Singapura untuk semua, dan kami mahu membangunkannya untuk semua rakyat Singapura," katanya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.