Skip to main content

Singapura

Parlimen ke-15 SG dirasmikan pada 5 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen ke-15 SG dirasmikan pada 5 Sep

Rumah Parlimen di Singapura. (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 13 Jun 2025 06:38PM Dikemas Kini : 13 Jun 2025 06:40PM
SINGAPURA: Sesi pertama Parlimen ke-15 Singapura akan dibuka secara rasmi pada 5 Sep selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum (GE) 2025 pada 3 Mei.

Sidang itu berlangsung sekitar lima bulan selepas Parlimen ke-14 dibubarkan pada 15 April menjelang Pilihan Raya Umum tahun ini.

Sesi baharu itu akan bermula dengan pemilihan Speaker Parlimen dan upacara angkat sumpah para Anggota Parlimen pada pukul 5.00 petang, kata Ketua Dewan Indranee Rajah menerusi satu kenyataan pada Jumaat (13 Jun).

Parlimen ke-15 akan menampilkan 97 Anggota Parlimen yang dipilih dan dua Anggota Parlimen tanpa kawasan undi.

Presiden Tharman Shanmugaratnam akan menyampaikan amanat beliau kemudian, yang dijangka menggariskan keutamaan, dasar dan program pemerintah.

Perbahasan mengenai Amanat Presiden akan diadakan dari 22 hingga 26 Sep.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita