Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen bincang respons SG berhubung situasi global COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen bincang respons SG berhubung situasi global COVID-19

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, akan menyampaikan kenyataan menteri mengenai respons Singapura terhadap situasi COVID-19 global semasa persidangan Parlimen seterusnya, yang akan bermula pada Isnin (9 Jan).

Kebimbangan terhadap kesan China melonggarkan sekatan perjalanan sedang negara itu berdepan dengan lonjakan kes COVID-19 juga akan dibincangkan.

Anggota Parlimen (AP) juga mengemukakan soalan tentang pelawat yang datang dari negara itu.

AP Joan Pereira (PAP-Tanjong Pagar) bertanya tentang langkah-langkah yang diambil untuk mencegah gelombang jangkitan baru di Singapura jika varian baru muncul dan jika dos penggalak vaksin COVID-19 diperlukan, terutama sekali bagi warga emas.

AP Tan Wu Meng (PAP-Jurong) ingin tahu penilaian terkini Kementerian Kesihatan (MOH) mengenai risiko kemunculan varian baru dan yang lebih berbahaya serta sama ada kementerian itu akan memberikan kemas kini tentang kesediaan negara untuk memerangi pandemik pada 2023.

AP Melvin Yong (PAP-Radin Mas) bertanya jika Kementerian Pengangkutan (MOT) ada perancangan untuk mempertingkat sementara langkah COVID-19 di Lapangan Terbang Changi bagi penerbangan yang masuk dari China.

Berhubung vaksinasi COVID-19, AP Lim Wee Kiak (PAP-Sembawang) bertanya sama ada terdapat trend yang meningkat mengenai warga Singapura lebih muda yang enggan mengambil suntikan penggalak kerana mereka sudah dijangkiti COVID-19 sebelum ini atau percaya varian yang baru tidak mudah berjangkit.

Dr Lim bertanya apakah kenyataan nasihat MOH berkaitan pemikiran bahawa suntikan dos pengggalak tidak diperlukan setiap tahun.

AP Cheryl Chan (PAP-East Coast) bertanya sama ada lebih ramai warga emas akan digalakkan untuk mengambil suntikan dos penggalak termasuk mereka yang tinggal di rumah jagaan.

ISU PERUMAHAN

Sembilan soalan akan dibangkitkan berhubung kes-kes flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang dijual selepas ditinggalkan kosong selama bertahun-tahun.
AP Ang Wei Neng (PAP-West Coast) meminta statistik dalam tempoh sedekad lalu mengenai bilangan pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang didapati tidak tinggal di flat mereka dan sebaliknya menyewakan flat itu semasa Tempoh Penginapan Minimum (MOP).

Beliau juga ingin tahu bagaimana HDB mengesan tentang pelanggaran sedemikian dan sama ada HDB mempunyai rancangan untuk meningkatkan kadar pengesanan kes tersebut.

AP Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang), Saktiandi Supaat (PAP-Bishan-Toa Payoh) dan Jamus Lim (WP-Sengkang) bertanya mengenai cara alternatif untuk meningkatkan pengesanan kes sedemikian.

SKIM M-SEP

Dilancarkan pada Disember 2022, skim Tenaga Manusia bagi Keutamaan Ekonomi Strategik (M-SEP), membenarkan syarikat mengambil sementara lebih ramai pekerja berpangkat rendah melebihi kuota.

Beberapa soalan dikemukakan mengenai keberkesanan, pelaksanaan dan kesan skim berkenaan.
AP Patrick Tay (PAP-Pioneer), Desmond Choo (PAP-Tampines) dan Encik Yip bertanya bagaimana Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) boleh membantu pekerja rakyat Singapura dan firma yang terjejas oleh skim itu.

Soalan lain yang dikemukakan oleh para AP berhubung kematian seorang anggota bomba sepenuh masa pada Disember dan bagaimana Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memastikan pegawai barisan hadapan mereka dilatih secukupnya untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat dan berkesan.
Para AP juga bertanya tentang perniagaan yang akan menaikkan harga secara tidak wajar, dengan menggunakan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) sebagai alasan serta kuasa pemerintah untuk berdepan dengan kes berkenaan.

Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai sekali lagi akan berhujuh mengenai Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (SERS) di Ang Mo Kio Avenue 3.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan