Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen bersidang 8 Jan; 6 AP Melayu kemuka pelbagai soalan termasuk isu pendakwah asing

Parlimen akan bersidang pada Isnin depan (8 Jan), dengan agenda yang akan dibahaskan termasuk isu pengharaman pendakwah asing.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen bersidang 8 Jan; 6 AP Melayu kemuka pelbagai soalan termasuk isu pendakwah asing

Dewan Bangunan Parlimen. (Gambar: Digunakan dengan kebenaran Parlimen Singapura)

SINGAPURA: Parlimen akan bersidang pada Isnin depan (8 Jan), dengan agenda yang akan dibahaskan termasuk isu pengharaman pendakwah asing.

Seramai enam AP Melayu merupakan di kalangan para Anggota Parlimen (AP) yang sudah mengemukakan 73 soalan bagi jawapan lisan dan 31 soalan bagi jawapan bertulis.

AP GRC Choa Chu Kang, Zaqy Mohamad mengemukakan lima soalan. Antaranya, beliau mahu bertanya kepada Menteri Dalam Negeri sama ada kriteria yang digunakan untuk mengharamkan kemasukan para penceramah asing dari pelbagai agama, mengambil kira lokasi dan sekitaran ucapan-ucapan yang mereka buat sebelum ini, bagi mewajarkan pengharaman ke atas mereka.

Beliau juga mahu tahu anggaran jemaah yang mengikuti para penceramah yang diharamkan itu, serta sama ada pengharaman tersebut berkesan memandangkan ceramah-ceramah mereka masih lagi mudah didapati di internet.

Anggota Parlimen GRC Aljunied, Faisal Manap juga mahu mahu tahu tentang proses-prosesnya sebelum seseorang pendakwah diharamkan.

Soalan lain yang akan ditanyakan para AP termasuklah mengenai dapatan siasatan dalaman ke atas kelemahannya mengawal tuntuntan-tuntutan palsu SkillsFuture sehingga ia melebihi $40 juta.

AP GRC Jurong Rahayu Mahzam pula akan bertanya bagaimana Lembaga Perumahan Dan Pembangunan (HDB) memastikan Dasar Integrasi Kaum (EIP) dipatuhi apabila para pemilik flat menyewakan rumah mereka kepada warga asing dan perkara berkaitan dengannya.

Selain itu beliau juga akan bertanya kepada Kementerian Pembangunan Negara (MND) mengenai masalah-masalah yang dihadapi para penduduk rumah berhalaman seperti tikus dan pokok-pokok yang menjalar dari rumah jiran yang ditinggalkan atau tidak disenggara dengan baik.

APC GRC Pasir Ris-Punggol, Zainal Sapari mahu mengetahui sama ada had pendapatan tahunan tanggungan sebanyak $4,000 boleh dinaikkan supaya para pembayar cukai layak membuat tuntuan Pelepasan Ibu Bapa bagi menggalak warga tua terus bekerja sambilan.

Beliau juga bertanya sama ada kriteria kelayakan bagi tuntutan Pelepasan Penjaga Datuk Nenek boleh sdisemak semula.

AP GRC Ang Mo Kio, Dr Intan Azura Mokhtar akan bertanya kepada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga tentang sokongan tambahan bagi para guru prasekolah dan pusat jagaan sedang ia menjadi lebih inklusif. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan