Parlimen bersidang 12 Sep bincang isu pas kerja baru, ganja, kebakaran flat HDB
Pas kerja yang baru diumumkan, menyasarkan bakat terbaik dan pekerja berpendapatan tinggi, adalah antara isu yang bakal dibahaskan apabila Parlimen bersidang pada Isnin (12 Sep).
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Hani Amin)
SINGAPURA: Pas kerja yang baru diumumkan, menyasarkan bakat terbaik dan pekerja berpendapatan tinggi, adalah antara isu yang bakal dibahaskan apabila Parlimen bersidang pada Isnin (12 Sep).
Lebih 10 soalan parlimen mengenai Pas Rangkaian & Kepakaran Luar Negara (One Pass) sudahpun difailkan dan Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng dijangka menyentuh tentang isu tersebut dalam satu kenyataan menteri yang bertajuk 'Mengukuhkan Kedudukan Singapura sebagai Hab Global untuk Bakat'.
Pas itu akan dibuka kepada bakat dari mana-mana sektor yang meraih gaji bulanan sekurang-kurangnya S$30,000 atau mempunyai "pencapaian luar biasa" dalam bidang-bidang seperti sains dan teknologi, seni dan kebudayaan, penyelidikan dan akademik atau sukan.
Ketua Pembangkang Pritam Singh bertanyakan tentang berapa banyak jumlah pas sedemikian yang ingin dikeluarkan oleh Pemerintah dan bagaimana ini boleh menjejas peluang pekerjaan untuk rakyat Singapura.
Beliau juga ingin mengetahui tentang set kriteria objektif bagi pemohon yang tidak memenuhi ambang gaji S$30,000.
Anggota Parlimen (AP) Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang) bertanya sama ada langkah-langkah dilaksanakan bagi memastikan ia tidak merugikan rakyat Singapura, memandangkan pemegang pas kerja itu dibenarkan untuk bekerja bagi beberapa syarikat di Singapura pada satu-satu masa. Beliau juga bertanya tentang bagaimana untuk mencegah permohonan berunsur penipuan.
Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Hazel Poa mengajukan soalan tentang berapa ramai rakyat dan penduduk tetap Singapura akan bersaing secara langsung dengan pemegang One Pass untuk mendapatkan pekerjaan.
Soalan-soalan juga difailkan tentang penggunaan ganja, terutama di Thailand di mana pengambilan dadah itu kini sah di sisi undang-undang. Isu tersebut timbul sebagai satu perhatian baru-baru ini menyusuli pengakuan perenang negara Joseph Schooling bahawa dia mengambil ganja ketika di luar negara.
AP Joan Pereira (PAP-Tanjong Pagar) membangkitkan soalan tentang penduduk Singapura yang membuat perjalanan ke Thailand dan secara tidak sengaja membeli barangan yang mengandungi ganja kerana mereka tidak dapat membaca senarai bahan-bahan yang tertulis dalam Bahasa Thai.
Dalam satu soalan yang berkaitan, AP Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang) bertanya apakah langkah-langkah yang sudahpun diambil oleh Pemerintah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya dan ketersediaan produk makanan biasa yang mengandungi ganja, yang boleh didapati dengan mudah di luar negara.
Sementara itu, beberapa AP pula mengajukan soalan tentang melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong para guru berikutan satu langkah untuk menaikkan gaji guru dan pendidik bersekutu Pendidikan Kementerian (MOE) serta pendidik tadika MOE pada Oktober.
AP Dennis Tan Lip Fong (WP-Hougang) bertanya sama ada Pemerintah sedang mempertimbangkan untuk menambah baik keadaan bekerja bagi guru dalam cara lain, seperti menambah lebih ramai kakitangan, untuk menangani keprihatinan berhubung kerja yang bertimbun dan waktu bekerja yang panjang.
Selain meringankan beban kerja mereka, AP Hany Soh (PAP-Marsiling-Yew Tee) bertanya tentang sokongan kesihatan mental bagi guru demi memikat dan mengekalkan bakat. Beliau juga mengajukan soalan sama ada Pemerintah akan melanjutkan kenaikan gaji serta manfaat buat guru MOE yang dipinjamkan ke sekolah pendidikan khas.
Berikutan beberapa insiden kebakaran di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baru-baru ini, AP Liang Eng Hwa (PAP-Bukit Panjang) pula mengajukan soalan tentang sama ada HDB, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan agensi lain merancang untuk meningkatkan pemeriksaan serta mengeluarkan notis supaya membuang barang-barang yang tidak perlu kepada penduduk yang barang keperluannya berpotensi menimbulkan risiko serius bahaya kebakaran.
AP Rachel Ong (PAP-West Coast) pula bertanya sama ada Pemerintah akan mempertimbangkan untuk meletakkan pemadam api di koridor tingkat-tingkat tertentu bagi setiap blok HDB dan mengajar penduduk tentang cara menggunakannya.
AP Foo Mee Har (PAP-West Coast) mengajukan soalan tentang sama ada bahaya keselamatan kebakaran blok dan flat HDB akan disemak semula serta bagaimana untuk mengurangkan api daripada merebak dengan cara lebih baik.
Beliau juga ingin mengetahui jika dasar berhubung pemasangan pintu yang kalis api boleh dikaji bagi membenarkan lebih banyak pintu sedemikian untuk digunakan.
Empat Rang undang-undang akan diperkenalkan: Rang undang-undang (Pindaan) Amanah Perniagaan, Rang undang-undang (Pindaan Lain) Statut dan Rang undang-undang (Pindaan) Akauntan.
Antara empat Rang undang-undang yang akan dibacakan buat kali kedua termasuk Rang undang-undang (Pindaan) Pendaftaraan Jenayah dan Rang undang-undang Kutipan Hutang.

Sumber : CNA/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.