Parlimen bentang Rang Undang-Undang bagi kenaikan GST
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengambil langkah pertama ke arah pelaksanaan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diusulkan.
Satu Rang Undang-Undang dibentangkan di Parlimen pada Khamis (20 Okt), yang mana kadar GST dinaikkan kepada 8 peratus pada Januari tahun depan sebelum ia dinaikkan lagi kepada 9 peratus pada 2024.

Kenaikan GST itu diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Negara pada awal tahun ini demi mengatasi jurang pembiayaan.
Pindaan-pindaan lain kepada Rang itu termasuk perubahan kepada pendaftaran vendor di luar negara.
Ini bermakna tidak lama lagi, syarikat-syarikat perniagaan asing dikehendaki melaksanakan GST terhadap khidmat digital dan bukan digital yang disediakan kepada pelanggan di Singapura.
Rang Undang-Undang itu juga meliputi usulan bagi sekatan-sekatan jenayah terhadap aturan "Missing Trader Fraud".
Ini sekiranya peniaga gagal untuk membayar GST daripada hasil penjualan tetapi terus menuntut bayaran balik cukai.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.