Parlimen bentang 3 kenyataan menteri berkait usaha SG cegah pengubahan wang haram
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kes pengubahan wang haram berbilion dolar baru-baru ini akan diperbincangkan dalam tiga kenyataan menteri di sidang parlimen pada Selasa (3 Okt).
Menurut kertas susunan mesyuarat yang dikeluarkan pada Isnin (2 Okt), Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Joespehine Teo, Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan, dan Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara Indranee Rajah, akan memberi kenyataan berhubung kes tersebut.
Encik Tan akan berucap di parlimen bagi pihak Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong.

Lebih 30 soalan berkaitan kes tersebut difailkan oleh Anggota Parlimen (AP) bagi sidang parlimen pada pertengahan September.
Bagi sidang parlimen pada Selasa, puluhan soalan difailkan.
AP Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang) bertanya bagaimana Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mencegah aset mudah alih seperti barang kemas dan jam tangan mewah daripada digunakan sebagai satu bentuk pengubahan wang haram
AP Murali Pillai (PAP-Bukit Batok) juga bertanya mengenai sama ada 10 suspek yang ada sedang atau akan disiasat kerana mengendalikan sindiket jenayah terancang di atau dari Singapura, dan sama ada langkah tambahan akan diambil untuk melindungi pasaran hartanah daripada dijadikan sasaran oleh mereka yang terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.
AP Don Wee (PAP-Chua Chu Kang) bertanya sama ada Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) memberi perhatian atau menjalankan pengawasan terhadap pengarah asing, pemilik sebenar dan pengarah tempatan yang dilihat sebagai pengarah dilantik.
Sementera AP Saktiandi Supaat (PAP-Bishan-Toa Payoh) bertanya mengenai berapa banyak syarikat berdaftar ACRA yang pada masa ini "tidak lagi aktif", dan berapa kerap pihak berkuasa memeriksa sebab sebuah syarikat yang tidak lagi aktif namun masih berdaftar.
KOS SARA HIDUP MENINGKAT
Pengumuman tentang kenaikan tambang pengangkutan awam pada Disember juga diberi perhatian dengan beberapa soalan difailkan para AP.
AP Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang) bertanya sama ada penangguhan kenaikan tambang pengangkutan dapat dikekalkan di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup di Singapura.
AP Louis Chua (WP-Sengkang) ingin mengetahui sama ada terdapat rancangan oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC) untuk menghapuskan kenaikan tambang 15.6 peratus yang ditangguhkan untuk semakan masa depan, selepas kenaikan tujuh peratus pada tahun ini.
AP Mariam Jaafar (PAP-Sembawang) bertanya tentang perbelanjaan purata bulanan yang dibelanjakan golongan warga emas dan kurang upaya, dan sama ada Kementerian Pengangkutan akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan pas konsesi bulanan hibrid.
Di tengah-tengah kenaikan harga makanan di pusat penjaja, beliau juga ingin mengetahui jumlah makanan jimat yang di jual di gerai pusat penjaja, dan sama ada Kementerian Kemampanan dan Sekitaran menerima maklum balas daripada penjaja bahawa makanan sedemikian agak sukar untuk dijual.
GAJI PENJAWAT AWAM
Berikutan penolakan usul Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk menggantung Menteri Pengangkutan S Iswaran, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NMP), Hazel Poa, memfailkan dua soalan mengenai gaji penjawat awam.

Dalam soalannya, Cik Poa bertanya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai had gaji tertinggi dan terendah untuk penjawat awam yang digantung dan dikurangkan gajinya.
Beliau juga ingin mengetahui berapa ramai penjawat awam sudah digantung, namun diberikan gaji penuh atau dikurangkan sejak 2000, dan sebab seseorang digantung dan tidak diberikan gaji.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.