Parlimen bakal bincang mengenai perjanjian Income-Allianz selepas AP failkan pertanyaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keprihatinan mengenai bidaan syarikat insurans Jerman, Allianz, untuk membeli saham majoriti Income Insurance baru-baru ini, akan dibincangkan apabila parlimen bersidang pada Selasa (6 Ogos).
Beberapa Anggota Parlimen (AP) telah memfailkan pertanyaan mengenai perkara itu.
Encik Liang Eng Hwa (PAP-Bukit Panjang), misalnya bertanya bagaimana penjualan yang dicadangkan bakal menjejas kemampuan dan ketersediaan produk-produk insurans penting, khususnya bagi para pelanggan secara umumnya mahupun perusahaan-perusahaan kecil pada jangka panjang.
Encik Saktiandi Supaat (PAP-Bishan-Toa Payoh) turut bertanya jika Penguasa Kewangan Singapura (MAS) boleh mengambil sebarang langkah untuk memastikan Income Insurance terus menyediakan pelbagai produk insurans yang mudah diakses rakyat Singapura.
Income Insurance ditubuhkan pada 1970 untuk menyediakan insurans boleh dimampui kepada para pekerja kurang bernasib baik. Entiti awam itu menjadi satu perbadanan pada 2022.
Para AP juga memfailkan soalan mengenai kewujudan formaldehid dalam produk-produk seperti cat dan perabot baharu.
Ini selepas Mediacorp melaporkan pada Julai bahawa para pemilik rumah sedang mendapatkan bantuan pakar untuk menghapuskan formaldehid daripada perabot mereka.
Sebuah keluarga yang baru-baru ini pindah ke flat baharu mereka, berkongsi bahawa anak-anak mereka sering jatuh sakit kerana menghidu bahan kimia yang boleh menyebabkan barah itu.
Formaldehid lazimnya digunakan dalam perabot kerana ia boleh menghasilkan resin dan gam. Ia juga masih digunakan sebagai bahan awet dalam cat tertentu untuk mencegah pembiakan kuman dan kulat.
Terdapat juga pertanyaan mengenai khidmat bas ulang-alik bagi para penduduk kelompok Marine Parade, dengan Ketua Pembangkang Pritam Singh bertanya mengenai kos keseluruhan menyediakan khidmat tersebut, mahupun tentang sumber-sumber dana.
Lima rang undang-undang akan turut diperkenalkan, termasuk Rang Undang-Undang (Pindaan) Kawalan Kasino.
Dua Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) PSP - Encik Leong dan Cik Hazel Poa - pula memfailkan usulan untuk menggesa pemerintah menyemak semula proses yang menentukan sempadan kawasan pilihan raya, demi meningkatkan ketelusan dan keadilan proses semakan sempadan pilihan raya bagi semua parti politik.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.