Parlimen bakal bincang isu SimplyGo, kes rasuah Iswaran
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Topik SimplyGo yang hangat dibahaskan akan menjadi tumpuan di sidang parlimen pada Isnin (5 Feb), dengan lebih 20 Anggota Parlimen (AP) mengemukakan soalan tentang isu tersebut.
Isu lain termasuk kes rasuah melibatkan mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran, dan amalan pemberhentian kerja di Singapura.
Pada 9 Januari, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan hasratnya untuk menggunakan platform pembayaran SimplyGo sepenuhnya bagi pengangkutan awam, dan menghentikan kad NETS Flashpay dan kad EZ-Link bukan SimplyGo bagi golongan dewasa bermula Jun ini.

Namun, keputusan itu mencetuskan bantahan oleh orang ramai. Salah satu aduan utamanya adalah di bawah sistem SimplyGo, baki kad tidak dipaparkan pada gantri.
Soalan yang dikemukakan terhadap isu SimplyGo termasuk ciri keselamatan sistem itu dan peruntukan tambahan yang diperlukan untuk terus menggunakan kad EZ-Link dan kad NETS FlashPay.
KES RASUAH ISWARAN
Para AP juga akan berbincang tentang kes rasuah mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran, yang didakwa di mahkamah pada 18 Januari dengan 27 tuduhan.

Encik Iswaran, yang meletak jawatan daripada pemerintah pada 16 Januari, dituduh menerima hadiah lebih S$166,000 secara haram, dalam bentuk tiket penerbangan, penginapan di hotel, tiket ke acara hiburan dan sukan, sebagai pertukaran untuk mendahulukan kepentingan perniagaan hartawan hartanah Ong Beng Seng.
Beliau juga dituduh secara berasingan menerima barangan bernilai kira-kira S$218,000, ketika beliau bertugas sebagai menteri yang juga berurusan dengan Encik Ong, serta syarikatnya dalam peranan sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemandu F1.

PEMBERHENTIAN PEKERJA LAZADA
Pada awal Januari, sejumlah pekerja di syarikat gergasi e-dagang Lazada di Singapura diberhentikan kerja, dengan kesatuan pekerjanya tidak dimaklumkan atau dirujuk.
Pekerja Lazada memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya menganggarkan sekitar 100 kakitangan dihentikan kerja.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.