Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen bakal bincang insiden Mobile Guardian, pendakwah fahaman tegar warga Bangladesh dan mpox

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen bakal bincang insiden Mobile Guardian, pendakwah fahaman tegar warga Bangladesh dan mpox

Gambar fail: Syamil Sapari/CNA

Diterbitkan : 06 Sep 2024 04:02PM Dikemas Kini : 06 Sep 2024 04:44PM

SINGAPURA: Isu pendidikan dijangka menjadi agenda utama Parlimen apabila ia bersidang pada Isnin depan (9 Sep), dengan para Anggota Parlimen (AP) mengajukan sebanyak 14 soalan secara keseluruhannya mengenainya.

Sebanyak sembilan soalan difailkan berhubung pencerobohan keselamatan siber melibatkan aplikasi Mobile Guardian, yang mengakibatkan sebilangan pelajar kehilangan nota mereka. Manakala, lima pertanyaan lain yang diajukan adalah berhubung Program Pendidikan Kanak-Kanak Cerdas (GEP) yang dirombak.

Menurut kertas susunan mesyuarat parlimen yang dikeluarkan pada Jumaat, para AP mengajukan pertanyaan sama ada pelajar yang terjejas oleh insiden aplikasi Mobile Guardian itu menerima bantuan yang diperlukan.

Para AP juga sudah memfailkan pertanyaan mengenai keselamatan sempadan, selepas seorang pendakwah warga Bangladesh memasuki Singapura secara haram untuk menyebarkan fahaman pelampau di sebuah dormitori pekerja hijrahan bulan lalu.

Terdapat juga soalan yang difailkan mengenai situasi mpox yang sedia ada dan Program Pendidikan Bijak (GEP) yang dirombak.

Soalan-soalan lain yang difailkan AP termasuk pertanyaan sama ada pihak berkuasa telah menyemak semula kecukupan hukuman bagi pelanggaran kebersihan makanan di tengah-tengah kes keracunan makanan besar-besaran yang berlaku kebelakangan ini.

Beberapa AP juga menanyakan butiran lanjut mengenai skim Bantuan Pencari Kerja SkillsFuture dan jika pihak berkuasa menimbangkan untuk menetapkan hukuman yang lebih berat untuk mengelak penyalahgunaan alat bantuan mobiliti peribadi (PMA) oleh individu yang berupaya.

Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) pula akan membentangkan pindaan kepada Rang Undang-Undang Pilihan Raya berhubung integriti pengiklanan online.

Parlimen juga akan membahaskan Rang Undang-undang Pekerja Platform yang bertujuan memberikan lebih banyak perlindungan untuk pekerja 'gig'.

Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan