Parlimen bakal bentang kenyataan menteri berhubung tumpahan minyak, bincang kes pengubahan wang haram berbilion dolar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tumpahan minyak di terminal Pasir Panjang adalah antara tajuk utama yang akan dibincangkan apabila parlimen bersidang pada Selasa (2 Jul).
Para Anggota Parlimen (AP) telah menfailkan 27 soalan mengenai isu itu.
Tiga menteri dari kementerian Pengangkutan, Pembangunan Negara serta Kemampanan dan Persekitaran akan menyampaikan kenyataan menteri mengenai kejadian itu.
Bulan lalu, kapal berdaftar di Belanda melanggar tangki minyak yang tidak bergerak, sekali gus menyebabkan minyak daripada tangki kapal berkenaan mengalir ke dalam laut.
Tumpahan minyak itu merebak ke beberapa pantai di Singapura, termasuk di Sentosa dan Taman East Coast.
Banyak perniagaan tepi laut terjejas dan kebimbangan telah dibangkitkan mengenai kesan ke atas hidupan liar Singapura.
Beberapa AP juga memfailkan soalan-soalan berkaitan hukuman yang dijatuhkan ke atas kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura.

Ia termasuk keberkesanan undang-undang sedia ada dan sama ada pesalah berkenaan akan menghadapi siasatan selepas dihantar pulang ke tanah air masing-masing.
Soalan lain yang ditanya AP juga termasuk pendirian Singapura dalam mengiktiraf Palestin sebagai sesebuah negara.
Dua Rang Undang-undang - Rang Undang-undang Antipengubahan Wang Haram dan Urusan Lain dan Rang Undang-undang Juruukur Hartanah (Pindaan) - dijadual diperkenalkan. Lagi tiga Rang Undang-Undang turut dijadual untuk bacaan kali kedua.

Sumber : CNA/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.