Skip to main content

Singapura

Parlimen bahas Belanjawan 2024, alu-alukan pelbagai langkah sokongan pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parlimen hari ini (26 Feb) membahaskan Belanjawan yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong.

Anggota Parlimen (AP) pemerintah dan pembangkang mengalu-alukan pelbagai langkah sokongan, termasuk bayaran untuk membantu rakyat Singapura mengatasi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Namun, ada yang mempersoalkan keberkesanan secara jangka panjang bantuan-bantuan sedemikian dan menggesa agar lebih banyak penjelasan diberikan tentang bagaimana Belanjawan negara akan diperuntukkan.

Selain itu, Anggota-Anggota Parlimen juga mengalu-alukan langkah untuk memberikan para pekerja lebih banyak peluang dan bahan bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Mereka juga mengusulkan cara-cara untuk menjadikan kursus yang ditawarkan lebih relevan dan dapat dimampui.

Keprihatinan lain termasuk memastikan terdapat sokongan yang mencukupi bagi persaraan dan pentingnya membina rizab sosial selain rizab fiskal.
 
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita