Skip to main content

Singapura

Parlimen akan bincangkan VERS, penipuan telefon, kenderaan khidmat sewa privet pada 10 Sep

Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) akan menjadi salah satu daripada beberapa topik berhubung perumahan yang akan dibincangkan apabila Parlimen bersidang pada Isnin (10 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen akan bincangkan VERS, penipuan telefon, kenderaan khidmat sewa privet pada 10 Sep

Flat HDB di Singapura. (Gambar fail: Hester Tan)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 07:01PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 07:09PM

SINGAPURA: Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) akan menjadi salah satu daripada beberapa topik berhubung perumahan yang akan dibincangkan apabila Parlimen bersidang pada Isnin (10 Sep).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mendedahkan rancangan mengenai VERS dalam ucapannya semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 19 Ogos.

Anggota Parlimen (AP) Alex Yam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pembangunan Negara, akan bertanya mengenai jangka masa yang diperuntukkan bagi pelaksanaan skim itu serta bagaimana pakej pampasan dikira.

AP Saktiandi Supaat, yang juga anggota GPC bagi Pembangunan Negara, akan mengemukakan soalan mengenai sama ada tawaran Pemerintah untuk membeli semula flat-flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang berusia lebih 70 tahun dilanjutkan kepada semua flat atau hanya flat-flat yang tertentu.

Encik Saktiandi juga akan bertanya mengenai kriteria pemilihan bagi skim itu serta pilihan lain yang ditawarkan kepada penduduk sekiranya mereka gagal mendapatkan VERS bagi flat mereka.

Topik-topik lain yang akan dibincangkan termasuk bertambahnya kes penipuan melalui telefon. AP Desmond Choo ingin tahu bagaimana pihak berkuasa membantu penduduk, terutamanya golongan warga tua yang mudah terdedah kepada risiko penipuan sedemikian.

AP Ang Hin Kee pula akan membangkitkan isu mengenai para pengendali teksi dan khidmat kereta sewa privet yang menawarkan khidmat kiriman dengan menggunakan kenderaan-kenderaan sendiri.

Sementara itu, AP Patrick Tay akan mengajukan soalan kepada Menteri Sekitaran dan Sumber Air mengenai sama ada kos yang ditanggung oleh para penyewa pusat penjaja dan para pegerai boleh dikurangkan.

Beberapa Rang Undang-Undang juga akan dibahaskan termasuk Rang Undang-Undang Pengangkutan Darat (Langkah-Langkah Penguatkuasaan), Rang Undang-Undang (Pindaan) Cukai Setem dan Rang Undang-Undang (Pindaan) Merokok (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu). 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita