Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen akan bincang kenaikan harga COE, keperluan pengangkutan rakyat SG

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen akan bincang kenaikan harga COE, keperluan pengangkutan rakyat SG

(Gambar: Syamil Sapari/CNA)

Diterbitkan : 05 May 2023 05:24PM Dikemas Kini : 05 May 2023 08:34PM

SINGAPURA: Kenaikan premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) baru-baru ini akan menjadi tumpuan Parlimen apabila ia bersidang pada Isnin (8 Mei), dengan beberapa Anggota Parlimen (AP) memfailkan soalan berhubung isu tersebut. 

Menteri Pengangkutan S Iswaran juga dijadual akan menyampaikan Kenyataan Menteri berhubung usaha memenuhi keperluan pengangkutan penduduk Singapura. 

Pertanyaan mengenai COE termasuk faktor-faktor yang mendorong kenaikan harga dan sama ada Pemerintah sedang menimbangkan langkah-langkah untuk mengawal harga COE. 

AP Lim Wee Kiak (PAP-Sembawang) bertanya sama ada kenaikan harga COE disebabkan oleh faktor-faktor seperti kemasukan ramai penduduk dari luar negara. 

AP Melvin Yong (PAP-Radin Mas) ingin tahu sama ada terdapat rancangan bagi mereka yang bergantung kepada memandu untuk menyara kehidupan tetapi "terkesan" disebabkan oleh harga COE yang tinggi. 

AP Dennis Tan (WP-Hougang) mengajukan soalan mengenai jumlah kereta baru yang didaftarkan oleh syarikat khidmat kereta sewa dan syarikat sewa kereta setiap bulan sebagai peratusan daripada jumlah bilangan kereta baru yang didaftarkan. 

Mengenai isu COE motosikal, AP Mariam Jaafar (PAP-Sembawang) bertanya sama ada Pemerintah akan menimbangkan langkah-langkah lebih tegas ke atas peniaga kenderaan yang terlibat dalam bidaan spekulatif. 

Beliau juga bertanya sama ada pihak berkuasa akan menimbangkan "langkah-langkah lebih ketat" untuk mencegah syarikat-syarikat khidmat kereta sewa daripada menaikkan harga COE. 

Premium COE bagi kereta, termasuk kereta lebih kecil dalam Kategori A, meningkat ke paras rekod yang melebihi S$100,000. Premium motosikal pula menjunam dalam bidaan terkini setelah langkah-langkah baru diperkenalkan di mana pembida dikehendaki membayar deposit lebih tinggi. 

AP Saktiandi Supaat (PAP-Bishan-Toa Payoh) ingin tahu sama Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan menimbangkan untuk menaikkan  Perbadanan Insurans Deposit Singapura (SDIC), iaitu S$75,000 bagi setiap individu bagi setiap bank.

Sementara itu, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai mengajukan soalan kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam mengenai jumlah individu yang mempunyai nilai bersih amat tinggi dan keluarga mereka yang diberikan kerakyatan Singapura sejak 2000. 

AP Joan Pereira (PAP-Tanjong Pagar) bertanya Menteri Kesihatan Ong Ye Kung sama ada poliklinik boleh meningkatkan kapasiti mereka untuk memberi khidmat kepada lebih ramai pesakit yang tidak membuat janji temu lebih-lebih lagi dengan situasi perubatan yang mendesak. 

Soalannya juga menyentuh sama ada Kementerian Kesihatan (MOH) boleh menyediakan  sumber tambahan dan dana kepada agensi-agensi perkhidmatan sosial untuk mempertingkatkan usaha menyediakan khidmat pengiring perubatan bagi warga emasa.

Lima Rang Undang-Undang akan dibincangkan buat kali kedua, termasuk pindaan Rang Undang-Undang Pindaan Terhadap Keadilan Keluarga (FJRB), pindaan pada Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah) (CDSA) serta Akta Penyalahgunaan Komputer.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan