Parlimen akan bincang isu tukar alamat tanpa izin guna khidmat online ICA, monsun lebih kencang
Anggaran Waktu Membaca:

Bangunan Parlimen pada 12 Sep 2024. (Gambar: AP/Vincent Thian)
SINGAPURA: Anggota-anggota Parlimen akan membincangkan percubaan untuk menukar alamat rumah tanpa kebenaran melalui khidmat online yang disediakan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada sidang berikutnya pada Selasa (4 Feb), serta monsun lebih kencang bulan lalu.
Terdapat juga soalan difailkan berhubung kajian global yang diterbitkan pada Disember tahun lalu, yang menunjukkan penurunan dalam kecekapan celik huruf dalam kalangan warga emas di Singapura, kedai pembaikan teknologi yang menjalankan pengklonan data dan buaya yang terlepas dari ladang Batam.
Menurut kertas perintah yang dikeluarkan pada Isnin (3 Feb), Anggota Parlimen bertanya sama ada semakan akan dijalankan ke atas sistem pemerintah lain untuk memeriksa kelemahan yang sama.
Isu itu terbongkar pada 11 Januari apabila ICA mengumumkan bahawa ia telah mengenal pasti kira-kira 80 kes sedemikian.
Percubaan dibuat melalui pilihan pada e-perkhidmatan ICA yang membenarkan alamat kediaman ditukar oleh proksi.
E-perkhidmatan telah digantung pada 11 Januari dan sebahagiannya dipulihkan pada 14 Januari, dengan pilihan proksi ini ditiadakan.
AP Parlimen Yip Won Heng (PAP-Yio Chu Kang) ingin tahu tentang langkah keselamatan yang dilaksanakan berikutan percubaan untuk menukar alamat rumah orang lain secara tidak sah dan jika pengesahan muka akan dipertimbangkan.
AP tanpa kawasan undi Leong Mun Wai dari PSP bertanya sama ada ICA akan menjalankan semakan ke atas semua perubahan alamat secara elektronik yang dilakukan dalam tempoh enam bulan lalu, dan sama ada akan ada peraturan yang lebih ketat mengenai penyalinan kad pengenalan fizikal untuk mengurangkan kemungkinan maklumat tersebut disalahgunakan.
Polis menyatakan pada 17 Januari bahawa 13 orang telah ditahan dan empat suspek telah didakwa setakat ini berhubung pertukaran alamat yang tidak sah.
MONSUN LEBIH KENCANG
Soalan juga dikemukakan mengenai monsun lebih kencang pada 10 hingga 13 Januari, yang menyebabkan hujan lebat di seluruh Singapura.
Ia adalah "salah satu monsun yang lebih lama dan lebih kencang" dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS).
Pulau Tekong mencatat hujan harian tertinggi iaitu 241.8mm pada 10 Jan, memecahkan rekod sebelumnya.
AP Desmond Choo (PAP-Tampines) ingin tahu sama ada pelaburan semasa oleh pemerintah untuk memperbaiki infrastruktur penyaliran mencukupi.
Dr Lim Wee Kiak (PAP-Sembawang) pula bertanya mengenai langkah-langkah yang disediakan untuk meningkatkan daya tahan air Singapura dan prasarana bawah tanah lain terhadap kejadian cuaca ekstrem.
Pakar memberitahu Mediacorp bulan lalu bahawa Singapura mungkin mengalami lebih banyak hari hujan, hujan monsun lebat memandangkan corak cuaca La Nina, yang membawa kepada keadaan lebih lembap dan lebih sejuk, mungkin berterusan sehingga April.
KAJIAN OECD
Satu kajian baru-baru ini oleh Program Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) untuk Penilaian Antarabangsa Kecekapan Dewasa (PIAAC) mendedahkan bahawa penguasaan celik huruf dewasa Singapura berada di bawah purata OECD.
Di Singapura, kajian itu mendapati celik huruf dalam kalangan orang dewasa merosot secara mendadak selepas 35 tahun, dan trend menurun itu berterusan apabila usia semakin menginjak dewasa. Dewasa Singapura berumur 55 hingga 65 tahun berada di tempat ke-27 - daripada 31 negara - apabila melibatkan kemahiran celik huruf.
AP Dilantik (NMP) Profesor Madya Razwana Begum Abdul Rahim juga bertanya tentang program untuk menyokong warga Singapura yang lebih lanjut usia meningkatkan kemahiran celik huruf, nombor dan penyelesaian masalah adaptif mereka, serta metrik untuk menjejaki kejayaan mereka.
BUAYA TERLEPAS
Soalan lain yang dikemukakan oleh AP tertumpu kepada buaya yang terlepas dari ladang di Batam pada 13 Januari selepas hujan lebat menyebabkan pagar di sekeliling kolam runtuh.
AP Joan Pereira (PAP-Tanjong Pagar) ingin tahu tentang langkah-langkah yang diambil untuk mengenal pasti dan mengembalikan mana-mana buaya yang mungkin memasuki perairan Singapura.
AP Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang) bertanya sama ada kesan buaya yang melarikan diri terhadap biodiversiti Singapura telah dinilai dan langkah yang diambil untuk melindungi ladang serta perniagaan di Lim Chu Kang dan kawasan sekitarnya.
Setakat 22 Januari, pihak berkuasa Indonesia telah menangkap 34 ekor buaya, dengan seorang pegawai tempatan memberitahu Mediacorp tentang risiko buaya berenang ke Singapura adalah "sangat rendah", manakala Lembaga Taman Negara (NParks) menyatakan ia sedang memantau keadaan.
Terdapat juga pertanyaan mengenai kes buli di sekolah, khususnya pelajar Sekolah Menengah Admiralty yang didakwa menyerang rakan sekelasnya, dan pengklonan data daripada peranti peribadi yang telah dihantar untuk dibaiki.
Ini berlaku selepas program CNA Talking Point baru-baru ini meneliti isu itu, setelah menghantar 40 peranti ke kedai yang berbeza untuk dibaiki.
Ia mendapati bahawa 12 daripadanya - tiga telefon dan sembilan komputer riba - telah diintip dalam proses itu, manakala dalam pelanggaran yang teruk, gambar dan dokumen, termasuk penyata gaji dan maklumat kata laluan, telah disalin ke pemacu USB luaran.
Dua Rang Undang-undang - Rang Undang-undang Perlembagaan Republik Singapura (Pindaan) dan Rang Undang-undang Pengekalan Keharmonian Kaum ditetapkan untuk dibaca buat kali kedua.
Usul penangguhan juga telah dikemukakan oleh NMP Syed Harun Alhabsyi untuk pendekatan keseluruhan masyarakat ke arah menangani diskriminasi.

Sumber : CNA/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.