Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen akan bincang isu pusat penjaja, kemalangan latihan SAF

Cara pusat-pusat penjaja diuruskan akan menjadi tumpuan utama Parlimen pada Isnin (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen akan bincang isu pusat penjaja, kemalangan latihan SAF

Gerai-gerai di Pusat Penjaja Jurong West.

Diterbitkan : 16 Nov 2018 10:29PM Dikemas Kini : 16 Nov 2018 10:34PM

SINGAPURA: Cara pusat-pusat penjaja diuruskan akan menjadi tumpuan utama Parlimen pada Isnin (19 Nov).

14 Anggota Parlimen mengemukakan pelbagai soalan bagi Menteri Sekitaran dan Sumber Air, meliputi isu-isu seperti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pemilik gerai di pusat-pusat penjaja yang dikendalikan oleh perusahaan sosial.

Para AP juga mengemukakan soalan-soalan mengenai kos keseluruhan mengendalikan gerai-gerai di pusat penjaja, keberkesanan program pulangkan dulang dan sama ada kementerian tersebut sedang menimbangkan untuk melaksanakan had sewa maksimum untuk mengawal harga makanan dengan lebih baik.

Pusat-pusat penjaja yang diuruskan oleh perusahaan sosial mendapat sorotan berita baru-baru ini setelah segelintir pemilik gerai membuat aduan mengenai kos tambahan yang terpaksa ditanggung selain kos sewa dan bayaran-bayaran wajib yang lain.

Agensi Sekitaran Kebangsaan ditugaskan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut dan mengkaji semula model perusahaan sosial itu, menurut Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air Amy Khor bulan lalu, dalam satu respons mengenai keprihatinan yang disuarakan.

Isu-isu lain dalam agenda Parlimen termasuk kemalangan latihan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Lima Rang Undang-Undang akan diperkenalkan termasuk Rang Undang-Undang Khidmat Bayaran dan Penyalahgunaan Dadah (Pindaan) .

Selain itu, satu kenyataan menteri mengenai semakan dasar luar negara juga akan dibentangkan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan