Parlimen akan bincang Hab Sukan S'pura, inflasi & kenaikan GST pada 4 Jul
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Gaya Chandramohan
SINGAPURA: Hab Sukan Singapura dan inflasi adalah dua topik yang akan menjadi tumpuan utama Parlimen apabila Dewan bersidang pada Isnin (4 Jul), berdasarkan jumlah soalan yang difailkan berhubung isu-isu tersebut.
Sebanyak 20 soalan diajukan mengenai pembubaran kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi Hab Sukan Singapura.
Soalan-soalan yang dikemukakan itu akan menyentuh tentang aspek kewangan kerjasama itu, sebab-sebab di sebalik penamatan kerjasama berkenaan dan pertanyaan mengenai rancangan masa depan bagi kemudahan tersebut dan juga Stadium Negara.
Anggota Parlimen (AP) Darryl David (PAP-Ang Mo Kio) bertanya sama ada terdapat rancangan konkrit untuk acara masyarakat yang penting seperti Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) diadakan di Stadium Negara, manakala AP Seah Kian Peng (PAP-Marine Parade) pula bertanya berapa banyak yang sudah dibelanjakan oleh pemerintah untuk membiayai Hab Sukan Singapura dan Stadium Negara sejak kedua-duanya dibangunkan.
AP Parti Pekerja Gerald Giam (WP-Aljunied) ingin tahu bagaimana SportSG boleh menggunakan pengambilalihan Hab Sukan Singapura sebagai peluang untuk membangunkan kecemerlangan sukan di peringkat usia muda bagi "meningkatkan jumlah atlit berprestasi tinggi dan menjadikan mereka sebagai juara sukan".

Beberapa AP juga mengajukan soalan mengenai inflasi, pakej bantuan bernilai S$1.5 bilion yang diumumkan untuk rakyat Singapura baru-baru ini dan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
AP Desmond Choo (PAP-Tampines) bertanya bagaimana prestasi ekonomi Singapura akan terjejas oleh inflasi peringkat domestik dan global.
AP Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang) pula menanyakan sama ada pemerintah akan menimbangkan cadangan untuk menangguhkan kenaikan GST pada 2023 dan sebaliknya memperkenalkan subsidi tambahan bagi membantu keluarga dan perniagaan yang terjejas menangani kesan inflasi yang semakin meningkat.

Para AP juga mengajukan soalan mengenai keselamatan makanan dan larangan eksport ayam Malaysia.
AP Joan Pereira (PAP-Tanjong Pagar) bertanya jika Kementerian Kemampanan dan Sekitaran akan menimbangkan untuk menetapkan sasaran bagi penghasilan dan produk ayam itik di bawah visi "30 by 30" Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk "mempertingkatkan daya tahan bekalan ayam itik Singapura".

Menyusuli lonjakan pada jumlah kes kematian di tempat kerja, para AP juga memintastatistik laporan mengenai tindakan tempat kerja yang tidak selamat dan jika para pekerja mempunyai kaedah dan wadah yang secukupnya untuk melaporkan amalan-amalan yang tidak selamat.
Beberapa soalan mengenai penularan penyakit termasuk jangkitan COVID-19, cacar monyet dan tuberkulosis (TB) atau batuk kering juga akan dikemukakan.
Kenyataan Menteri mengenai keadaan penjara dan proses pemulihan akan disampaikan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam.
Rang Undang-Undang Pembela Awam juga akan diperkenalkan dalam sidang Isnin depan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.