Skip to main content

Singapura

Parlimen akan bahas Belanjawan Kecekalan, bincang langkah COVID-19 dan isu pekerjaan

Parlimen akan membahaskan Belanjawan Kecekalan apabila ia bersidang pada Khamis (4 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen akan bahas Belanjawan Kecekalan, bincang langkah COVID-19 dan isu pekerjaan

(Gambar fail: Hani Amin)

Diterbitkan : 03 Jun 2020 10:34PM Dikemas Kini : 03 Jun 2020 10:35PM

SINGAPURA: Parlimen akan membahaskan Belanjawan Kecekalan apabila ia bersidang pada Khamis (4 Jun).

Belanjawan bernilai S$33 bilion itu, belanjawan keempat Singapura tahun ini, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat minggu lalu untuk membantu rakyat Singapura dan perniagaan menangani kesan di tengah-tengah kemelesetan ekonomi akibat COVID-19.

Para Anggota Parlimen (AP) juga akan membincangkan keadaan COVID-19 dan isu pengambilan pekerja - topik-topik yang membentuk sebahagian besar pertanyaan yang diajukan oleh para AP.

AP Christopher de Souza mengemukakan soalan tentang pencegahan gelombang kedua jangkita COVID-19 manakala AP Chong Kee Hiong dan Lim Biow Chuan bertanya jika pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk membenarkan semua cawangan makanan dan minuman untuk dibuka semula selagi tempat-tempat itu mematuhi peraturan menjaga jarak selamat.

Berhubung isu pengambilan pekerja, AP Patrick Tay bertanya tentang langkah-langkah yang boleh melindungi, membantu dan menyokong dengan lebih baik para pekerja yang ditamatkan kontrak serta berdepan "pemberhentian terselindung" semasa pandemik COVID-19.

AP Seah Kian Peng bertanya sama ada Pemerintah akan mempertimbangkan pengurangan sementara sumbangan CPF oleh kedua-dua pekerja dan majikan sehingga selepas ekonomi pulih daripada krisis COVID-19.

Isu-isu lain yang akan dibentangkan termasuk usaha Singapura menangani perubahan iklim dan perlindungan data peribadi dengan penggunaan aplikasi seperti TraceTogether bagi tujuan pengesanan kontak COVID-19. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita