Paras plumbum yang tinggi dikesan dalam dua produk serbuk kayu manis, bromat dalam air mineral: SFA
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SFA)
SINGAPURA : Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan dua produk serbuk kayu manis ditarik balik jualannya kerana mengandungi paras plumbum yang tidak selamat.
Pengimport serbuk Kayu Manis jenama Koi Fish, dari China, dan serbuk Kayu Manis Organik Gabrielle T, dari India, diarah menarik balik produk tersebut, dan sedang berbuat demikian, kata SFA pada Selasa (30 Apr).
Produk ketiga, Air Mineral Hadapirika, dari Jepun, juga ditarik balik kerana mengandungi tahap kimia bromat yang tidak selamat.
Berdasarkan tahap yang dikesan oleh SFA, penggunaan sekali sahaja produk yang terjejas tidak mungkin menimbulkan sebarang kebimbangan terhadap keselamatan makanan.
Tetapi pengambilan jangka panjang paras plumbum yang tinggi boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang dan hati, atau sistem kardiovaskular, hematologi, imun, dan saraf, tambah agensi itu.
Penggunaan bromat berlebihan yang berpanjangan pula dikaitkan dengan peningkatan risiko barah.
Pengguna yang telah membeli produk tersebut dinasihatkan untuk tidak mengambilnya.
Mereka yang bimbang tentang kesihatan mereka selepas mengambil produk ini harus mendapatkan nasihat perubatan.

Sumber : AGENCIES/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.