Para sukarelawan NDP bekerja keras di balik tabir untuk beri persembahan terbaik; jaminan keselamatan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Ramai yang mungkin sudah tidak sabar menantikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang bakal menjelang.
Daripada menyelaraskan langkah tarian hingga ke latihan keselamatan, para sukarelawan bekerja keras di balik tabir untuk memastikan upacara yang dinanti-nantikan itu berjalan lancar.
Para penari gigih berlatih untuk memastikan bahawa gerakan mereka kemas dan seiring dengan rentak irama.
Matlamatnya, bagi memastikan persembahan yang cukup menarik nanti.
Segala gerak geri mereka diperhatikan pereka tari Lee Lum Lum.
Tahun ini juga istimewa bagi beliau, sempena ulang tahun yang ke-50 Kompeni Muzik dan Drama (MDC).
Cik Lee ingin menghidupkan persembahan yang bertemakan "perpaduan dalam kepelbagaian".
Di kawasan laut pula, satu lagi pasukan membuat persiapan bagi tembakan kehormatan.
Namun di belakang tabir, satu lagi kumpulan sukarelawan bersedia bagi memastikan keselamatan semua kegiatan berkaitan dengan air.
Antara mereka, Encik Mattheiu Liefooghe yang telah menetap di Singapura selama 18 tahun.
Dengan tarikh 9 Ogos semakin hampir, ramai sukarelawan seperti Cik Lee bersedia melakukan yang terbaik bagi perayaan terbesar negara tahun ini.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.