Para pengguna gagal akses Facebook, Instagram buat seketika
Sebahagian pengguna media sosial seluruh dunia termasuk di Singapura gagal mendapat akses kepada catatan Facebook dan Instagram mereka buat seketika, pada malam Selasa (20 Nov).
(Gambar: Twitter/MarisaLancione)
SINGAPURA: Sebahagian pengguna media sosial seluruh dunia termasuk di Singapura gagal mendapat akses kepada catatan Facebook dan Instagram mereka buat seketika, pada malam Selasa (20 Nov).
Laman Down Detector menunjukkan tompok-tompok gangguan kuasa di pantai timur Amerika Syarikat dan United Kingdom, Perancis, Portugal, Jerman dan Switzerland. Tompok-tompok serupa juga dikesan di India, Filipina dan Singapura.
Laporan-laporan mengenai gangguan kuasa itu mula masuk pada sekitar 8.00 malam.
Tanda pagar #FacebookDown dan #InstagramDown tercetus di Twitter kerana para pengguna membuat aduan di platfom pesaing media sosial itu, manakala yang lain lagi membuat lawak jenaka dengan menampilkan gifs dan memes.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.