Para penduduk Woodlands raikan Hari Raya dan Hari Bapa serentak
Para penduduk Woodlands meraikan Hari Raya dan Hari Bapa secara serentak hari ini (16 Jun).
SINGAPURA: 2,500 penduduk Woodlands meraikan Hari Raya dan Hari Bapa secara serentak hari ini (16 Jun).
Selain mengukuhkan silatulrahmi sempena Syawal, sambutan dua dalam satu itu juga memberi pengiktirafan kepada insan istimewa bergelar ayah.
Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, acara Hari Raya besar-besaran bagi penduduk Woodlands kali ini lebih istimewa.
Ini kerana acara Hari Raya penuh meriah di Kampung Admiralty siang tadi turut meraikan insan bergelar ayah.
Dihadiri para penduduk dan ahli jawatankuasa berbilang bangsa, inilah kali pertama acara anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Woodlands jatuh pada Hari Bapa.
Turut menyerikan majlis ialah Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan, Amrin Amin yang sempat menghiburkan para hadirin dengan menyertai persembahan dikir barat.
"Di sesi ini kita dapat menekankan lagi pentingnya peranan bapa di dalam keluarga di dalam membina keluarga yang baik. Oleh itu saya sangat gembira kaum bapa datang ke acara ini dan kita sama-sama meraikan peranan penting yang mereka mainkan di dalam kehidupan kita," kata Encik Amrin Amin Anggota Parlimen yang menyelia kawasan Woodlands.
Bagi seorang bapa yang hadir di acara ini, sambutan serentak Aidilfitri dan Hari Bapa ini menjadi kenangan manis untuk dirinya.
"Saya rasa sangat-sangat istimewa untuk tahun ini Hari Raya saya dapat beraya sebagai seorang bapa dan juga ke acara ini sebagai seorang bapa yang menyambut Hari Raya dan Hari Bapa dalam hari yang sama so sangat istimewa untuk saya," kata Encik Mohd Riduan Ishak.
Seorang lagi bapa, Encik Mohd Salleh Mahari pula berkata, "Menjadi seorang bapa ni bukan setakat bapa, kita juga seorang nakhoda bagi sebuah keluarga tu jadi kita juga menjadi pendorong mereka lah, pendorong semangat mereka untuk membesar dengan sempurna," kata Encik Mohd Salleh Mahari.
Selain menikmati hidangan enak dan persembahan-persembahan tradisional, setiap yang bergelar bapa juga diberikan sebiji buah epal sebagai tanda penghargaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.