Skip to main content

Singapura

Para pemimpin Melayu/Islam ucap takziah atas pemergian isteri mantan Menteri Ehwal Masyarakat Islam Dr Ahmad Mattar

Para pemimpin Melayu/Islam Singapura melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Cik Rugaiyah Shaikh Abubakar Mattar, isteri kepada mantan Menteri Hal Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Kabinet, Dr Ahmad Mattar, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi (4 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Para pemimpin Melayu/Islam ucap takziah atas pemergian isteri mantan Menteri Ehwal Masyarakat Islam Dr Ahmad Mattar

Para pemimpin Melayu/Islam Singapura melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Cik Rugaiyah Shaikh Abubakar Mattar, isteri kepada mantan Menteri Hal Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Kabinet, Dr Ahmad Mattar. (Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

Diterbitkan : 04 May 2025 08:44PM Dikemas Kini : 04 May 2025 08:45PM
  • Para pemimpin Melayu/Islam Singapura melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Cik Rugaiyah Shaikh Abubakar Mattar, isteri kepada mantan Menteri Hal Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Kabinet, Dr Ahmad Mattar, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi (4 Mei).
  • Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli, dalam catatan di Facebooknya, menyampaikan ucapan takziah kepada Dr Ahmad Mattar dan keluarga.
  • Encik Zaqy Mohamad, turut meluahkan rasa sedih atas pemergian Allahyarhamah dalam satu catatan di Facebook hari ini (4 Mei).
  • Encik Zaqy turut menyifatkan Allahyarhamah sebagai peneman setia yang menjadi sumber kekuatan buat Dr Ahmad Mattar sepanjang kehidupan mereka bersama.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Para pemimpin Melayu/Islam Singapura melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Cik Rugaiyah Shaikh Abubakar Mattar, isteri kepada mantan Menteri Hal Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Kabinet, Dr Ahmad Mattar, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi (4 Mei).

Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke kediaman Dr Ahmad Mattar untuk diuruskan, sebelum disolatkan di Masjid Ba'alwie sekitar jam 3 petang tadi sebelum dikebumikan.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli, dalam catatan di Facebooknya, menyampaikan ucapan takziah kepada Dr Ahmad Mattar dan keluarga.

"Bagi pihak keluarga saya dan masyarakat Islam, salam takziah kepada Dr Ahmad Mattar serta seluruh anggota keluarganya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamha dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga keluarga Allahyarhamha diberikan ketabahan dan kekuatan dalam waktu sukar ini," kata beliau.

Sementara itu, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad, turut meluahkan rasa sedih atas pemergian Allahyarhamah dalam satu catatan di Facebook hari ini (4 Mei).

Encik Zaqy, yang sempat mengenali pasangan itu selama beberapa tahun, menyifatkan mereka sebagai pasangan yang saling melengkapi, penuh kasih sayang dan telah melalui kehidupan bersama selama lebih lima dekad.

"Allahyarhamah seorang yang tenang dan bersahaja, tetapi bagi yang mengenalinya, beliau memiliki keperibadian yang bijak dan berwibawa," tulisnya.

Encik Zaqy turut menyifatkan Allahyarhamah sebagai peneman setia yang menjadi sumber kekuatan buat Dr Ahmad Mattar sepanjang kehidupan mereka bersama.
Sumber : Sumber Web/NA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita