Para pemilik kenderaan EV berat harapkan lebih banyak tempat mengecas diwujudkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemilik kenderaan elektrik berat mengatakan, mereka kini memerlukan lebih banyak lagi tempat-tempat mengecas.
Mereka juga berharap agar diwujudkan kos lebih rendah pemasangan pengecas bagi kenderaan-kenderaan elektrik (EV) masing-masing.
Ini sedang mereka mengalu-alukan langkah pemerintah mahu menjadikannya lebih mudah untuk mereka beralih kepada kenderaan EV.
Syarikat bas Westpoint Transit ini misalnya mempunyai empat bas EV di kalangan 60 kenderaannya.
Ia memilih untuk beralih lebih awal kepada EV dengan membeli EV pertamanya pada 2019.
Ini bagi membolehkannya memahami lebih awal bagaimana menguruskan EV.
Hasilnya, ia mendapati penjimatan sekitar 40 peratus dalam kos disel setiap tahun.
Namun demikian, bas EV berharga sehingga S$500,000 sebuah bergantung kepada saiz.
Kini dengan skim pembiayaan bersama dengan pemerintah, ia sedang meneroka mendapatkan sehingga 15 bas EV dalam tempoh tiga tahun akan datang.
10 bas EV tersebut dijangka layak mendapatkan insentif S$40,000.
Selain insentif sedemikian, syarikat-syarikat pengangkutan juga mahukan tempat mengecas dengan kos pemasangan lebih rendah.
Semua ini sebahagian daripada inisiatif negara ke arah mempunyai semua kenderaan mesra alam menjelang 2040.

Sumber : CNA/DY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.