Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para menteri pertahanan FPDA sahkan komitmen terhadap perjanjian

Para menteri pertahanan dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) mengesahkan komitmen negara mereka terhadap perkumpulan itu dan kepentingannya sebagai satu perjanjian membina, telus dan damai di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2019 12:35PM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 10:59PM

SINGAPURA: Para menteri pertahanan dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) mengesahkan komitmen negara mereka terhadap perkumpulan itu dan kepentingannya sebagai satu perjanjian membina, telus dan damai di rantau ini. Demikian menurut satu kenyataan media Kementerian Pertahanan Singapura.

Para pemimpin daripada perkumpulan itu - terdiri dari Singapura, Australia, Malaysia, New Zealand dan United Kingdom - bertemu di luar Dialog Shangri-La pada Sabtu (1 Jun).

Mesyuarat itu dihoskan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Semasa mesyuarat itu, para pemimpin tersebut membincangkan mengenai usaha-usaha yang dijalankan untuk memastikan FPDA kekal relevan menjelang Ulang Tahun ke-50 perkumpulan itu pada 2021, termasuk dalam bidang-bidang seperti anti-pengganasan, keselamatan maritim serta bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana (HADR).

"Para menteri itu menekankan bahawa kemajuan besar sudah dicapai dalam mempertingkatkan operasi di antara pasukan tentera para negara anggota menerusi latihan-latihan FPDA seperti 'Exercise Bersama Shield' and 'Exercise Bersama Lima', serta melahirkan sokongan bagi usaha-usaha untuk terus mempertingkatkan nilai profesionalisme latihan-latihan FPDA," menurut MINDEF dalam satu kenyataan media.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan