Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para Menteri, AP ramai-ramai tanam pokok

Sekitar 100 pokok buah-buahan ditanam di Taman Sun Plaza di Tampines hari ini (26 Okt) sebagai sebahagian daripada acara tahunan Hari Menanam Pokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Oct 2019 11:28PM Dikemas Kini : 27 Oct 2019 12:15AM

SINGAPURA: Sekitar 100 pokok buah-buahan ditanam di Taman Sun Plaza di Tampines hari ini (26 Okt) sebagai sebahagian daripada acara tahunan Hari Menanam Pokok.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menyertai hampir 800 penduduk menanam pokok buah-buahan seperti kedondong, rambutan dan longan.

Para Anggota Parlimen lain dari GRC Tampines seperti Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli, Datuk Bandar Daerah Timur Laut Desmond Choo, Setiausaha Parlimen Kanan Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pengangkutan Baey Yam Keng serta Pengerusi Majlis Bandaran Tampines Cheng Li Hui juga menanam pokok-pokok Terap bersama para penduduk.

Di Karnival Menanam Pokok itu, para penduduk dapat pula mempelajari cara menanam sayur-sayuran organik dan menerapkan gaya hidup sifar sisa.

Di Tanjong Pagar pula, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing juga menyertai acara menanam pokok bersama para AP kawasan itu yang lainnya, Indranee Rajah, Sam Tan, Chia Shi-Lu, Melvin Yong dan Joan Pereira. Sebanyak 27 pokok ditanam kesemuanya.

Para penduduk juga mengambil bahagian dalam kegiatan lain seperti mengitar semula botol plastik lama untuk mengurangkan sisa.

Inisiatif menanam pokok bermula sebagai satu kempen dalam tahun 1963 apabila Perdana Menteri pengasas, Lee Kuan Yew menanam sebatang pokok Mempat di Holland Circus.

Sejak itu lebih dua juta pokok sudahpun ditanam di seluruh Singapura. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan