Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para lulusan diploma akan lebih cepat, mudah lanjutkan pelajaran ke universiti

Para lulusan diploma akan lebih cepat dan mudah melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jan 2020 11:14PM Dikemas Kini : 31 Jan 2020 12:02AM

SINGAPURA: Para lulusan diploma akan lebih cepat dan mudah melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Ini sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan (MOE) mengurangkan penekanan kepada gred.

Mulai kemasukan universiti tahun ini Universiti nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) akan meluaskan kemasukan berdasarkan keupayaan, kemahiran dan minat, bukan saja kelayakan akademik.

Para lulusan GCE peringkat "A" yang mahu mengikuti kursus diploma di politeknik pula, boleh mendapat pengecualian sehingga dua penggal bagi hampir 60 kursus.

Ini bermakna mereka boleh terus ke tahun kedua pengajian di politeknik.

Syarat kemasukan di politeknik dan ITE juga akan diluaskan untuk membantu para pelajar dewasa meningkatkan kemahiran.

Selain itu menurut Menteri Pendidikan pada Khamis (30 Jan), kursus diploma akan dipendekkan sehingga setahun, bagi para pelajar GCE Peringkat 'A' yang akan menamatkan pelajaran tahun ini dan ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik.

Mulai Oktober tahun ini, para pelajar GCE Peringkat 'A' boleh dikecualikan sehingga dua semester dalam 56 kursus politeknik, sekiranya mereka memenuhi kriteria modul yang diperlukan, menurut MOE dalam satu kenyataan media. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan