Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para jemaah tidak lagi wajib pakai pelitup di dalam masjid mulai 29 Ogos

Para jemaah tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup di dalam masjid-masjid tempatan bermula Isnin depan (29 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Aug 2022 04:55PM Dikemas Kini : 26 Aug 2022 08:54PM

SINGAPURA: Para jemaah tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup di dalam masjid-masjid tempatan bermula Isnin depan (29 Ogos). 

Ini tidak kira sama ada sewaktu para jemaah menunaikan solat mahupun menyertai kegiatan-kegiatan di dalam masjid. 

Langkah tersebut yang diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatan Facebooknya, selaras dengan pelonggaran langkah pengurusan selamat seluruh negara mulai 29 Ogos. 

MUIS turut menekankan bahawa masjid-masjid tempatan akan terus mengekalkan amalan kebersihan dengan melakukan pembasmian kuman secara kerap.

Meskipun pemakaian pelitup tidak lagi diwajibkan, MUIS berharap masyarakat akan terus mengamalkan kebersihan diri yang baik. 

Para jemaah juga digalakkan untuk membawa sejadah sendiri serta telekung untuk kaum Muslimah, bagi mendirikan solat di masjid-masjid.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan